20 December 2010

~17.12.2010~

Tanggal 17.12.2010 genap lah 23tahun umur yana hidup di muka bumi yang bertuah ini, alhamdullilah... pertamanya sekali yana panjat syukur ke hadrat ilahi kerana masih dipinjam kan lagi nyawa pada jasad yana ni utk meneruskan kehidupan di muka bumi ini, dan seterusnya kepada mereka2 di luar sana yang mendoakan yana, thanx for da wishes and celebration. terima kasih yang tak terhingga juga kepada my lovely boss, kawan2 opis yang celebrate bufday yana kat Chili's mid valley n nyanyikan lagi eppy besday + playan2 restaurant yg turut join nyanyikan skali..huhuhu..blushing okeyyy.. then sambung balik rumah, my family plak buat celebration + adiah, thanx a lot k. Btw bufday yana sama date dengan abg kandung yana Azwan Nordin which is our date of birth is 17.12.83 & 17.12.87.. so sweet rite??? hik hik.. thanx u all for adiah, thanx juga to shasha n fren for da chocolate n to all my fren yg wish okey.. actually yana mcm dah dapat tangkap yang family yana mmg nak buat celebration tapi dorang mmg xleh nak buat surprise coz yana mmg ada kat rumah jer then selalunya yana yang jadi pengerusi celebration, so kali ni dorang mcm xleh nak buat surprise sangat..yana mcm dah tahu tapi buat2 mcm tak tahu jer lah, ngeh ngeh..juz terkilan sikit coz org yg yana tunggu tak wish2 till today, but its ok yana redha dengan kehendaknya.. buweeekkk! (mls nk mgharap) ok pendek kata this year yana rasa eppy sangat coz xsangka dapat celebration bufday mcm ni skali..huhuhu..thanx bangat2.. semakin hari semakin meningkat usia yana n mengajar yana erti kehidupan yang sebenar .. :)

13 December 2010

Tersenyum Lagi...

Salam.. oklah sebelum kita sama2 baca post kali ni, jom kita senyum dulu..1..2..3.. tenyummmm.. :) huhuhu..ok pagi ni yana baru jer jawab exam for da second paper and khamis ni last paper utk semester kali ni, so nak dijadikan cerita kenapa yana nak tersenyum lagi adalah kerana.. jeng jeng jeng.. mlm tadi soalan cepu emas keluar lagi dari mulut ibu yana yang berbunyi begini "ko bila nak kahwin ni yana?" hahaha..masa tu yang ada cuma yana n adik ppuan yana, lydea so si adeq ni memang dah tau cerita so dia pun bantai gelakkan yana jer..huhu..yana laju jer jawab soalan ibu tu cakap esok jer kahwin..huhuhu.. ntah lah bu, yana pun tak tahu nak cakap biler nak kahwin tu coz calon nyer pun tak de then macam mana nak kahwin kan.. hik hik.. cuma kali ni bila bu tanya yana tak rasa sensitif sangat lah soalan tu coz yana sendiri dah tak de calon kan cumaaaaaa rasa bersalah sikit lah coz tak cerita lagi cerita sebenar kat ibu.. yana pun tak tahu bila yana nak bagi tahu hal sebenar.. nanti2 lah eh..awal lagi kot..since yana dah macam ni, pernah gak terdetik hati jahat ni tanya diri sendiri, ada ke orang nak masuk minang ko ni Lyana, layak ke diri ko tu??? huhuhu..arghhh malas lah nak pk sebenarnya, bnyak lagi nak kena fikir, exam, study, silat, kerja..yana juz harap biar masa yg tentukan and yana follow da flow jer..kalau ditakdirkan ada jodoh yana nnt dengan 'sumone' adalah, cuma tak tahu jer siapa 'sumone' tu..kita serahkan pada yang maha esa jer..jodoh kan rahsia Allah..bila dah tukar topik dari soalan ibu, yana tersenyum sendiri di situ.. hurmmm :) tapi kadang2 terasa mcm muda lagi kan nak fikir soal2 kahwin ni, muda ke??? ngeh ngeh..

p/s: pasni kena nyanyi lagi wali band-cari jodoh.. ok x?? hik hik hik

10 December 2010

Berapa Ramai Suami yg Boleh Jadi Imam???

Salam Semua.. oklah yana sebenarnya tertarik sangat dengan post yang kawan yana post kat blog dia. yana nak share lah dengan anda2 semua coz yana ada rasa ada betul nya juga.. post kali ni bukan berdasarkan utk melihat lelaki mahupun perempuan yang lebih bagus ye tapi sekadar saling ingat mengingati..jum baca dulu okey:

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.

Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?"

Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering digunapakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

 
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"
Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila

dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki juga begitu! Sekian..

so apa yang anda2 semua dapat katakan daripada petikan di atas ni??......... cuma yana harap jangan yg ada pertikaikan mana2 pihak yer.yana sekadar ingin berkongsi dengan semua jer.yang mana anda rasa baik ambillah sebagai ikhtibar, jika anda rasa anda xsuke dengan statement di atas, abaikan jer dan tak perlu utk menyalahkan antara 1 sama lain yer... oklah sebenarnya yana ada sedikit cerita yg yana rasa yana ada kena mengena sedikit lah dengan post kat atas ni. ok lah mcm ni, sejujurnya yana pernah sekali terjatuh hati dengan seikhlas2 nya terhadap seseorang ini yang yana gelarkan sebagai 'DIA', oklah actually yana xpernah rasa feel mcm tu skali..jap2 xtau nak mula kan macam mana cerita ini. ok mcm ni, ada sekali tu yana nk cari surau (lokasi dirahsiakan atas dasar2 xnak orang tahu) hik hik hik, then cari punya cari ropenya surau tu tak ada bahagian perempuan thats mean sekali dengan lelaki lah. surau tu agak kecil sahaja yer coz utk pengunjung tempat itu sahaja. so nak dijadikan cerita, masa yana tgh cari2 bahagian perempuan tu, memang yana perasan ada seorang jer lelaki yang tgh solat maghrib kot kalau tak silap, so sesambil cari2 port nak solat tu yana tertarik sangat dengar bacaan surah oleh dat guy and sampai terdetik kat hati ni tertanya2 siapa kah gerangan lelaki itu coz time tu tak pasti siapa yang solat. memang yana kenal lah orang yang ada kat situ cuma tak pasti siapa orang nya. so nak dijadikan cerita, lepas yana tengok xde port utk ppuan so yana pun macam tak sedap hati jer nak teruskan bersolat kat surau yang kecil tu berdua sahaja dengan dengan DIA coz memang tak de orang lain dah kat dalam surau tu. even surau tu terbuka tanpa dinding tapi yana rasa better yana balik sembahyang kat bilik jer, actually kat bilik tu ramai sangat orang yang duduk and kononnya nak cari keselesaan lah sikit utk bersolat. tapi bila dah jadi mcm tu terpaksa lah balik sembahyang kat bilik jer. cuma tu lah, apa yang yana cakap tadi yana sangat tertarik dengan lelaki yang bersolat di surau tadi n sangat merdu dengan bacaan surah2 nya. at the end memang yana dah kenal pasti lah siapa orang nyer, cuma biarlah dipendamkan saja niat di hati yang ingin berkawan bersama... :) biarlah menjadi rahsia.. ~Tragedi Surau~
 

08 December 2010

~SeNyUm~

Selamat pagi!! mulakan hari anda dengan senyuman :) yana tak tahu lah kenapa sehari dua ni yana asyik nak tersenyum jer..huhuhu..senyum bermakna hati kita sedang bergembira..maybe lah kot kan ada sumthing yg buat yana eppy.. btw alhamdullilah.. bila dah jadi macam ni,terdetik pula di hati ini bahawa tak semestinya bila kita berpisah kesedihan akan terus menyelebungi diri, yana rasa mcm beruntung sangat coz yana bertemu kebahagian dalam perpisahan..huhuhu mcm tajuk lagu pula kan. yana tahu tak semua orang terima nasib macam yana, so yana bersyukur sangat..teringat pula kata2 kawan yana, kesedihan hanya sementara, ye betul kata anda..tapi kita semua harus ingat pula bahawa kegembiraan bukan kekal selamanya. ianya hanya dipinjam kan seketika utk kita.. ish pe ko merepek dari tadi ni Lyana..hahahha..

oklah, actually yana nak senyum je hari ini, jangan tanya kenapa coz mmg yana nak tersenyum sendiri cuma yana bukan lah  gila eh nak senyum sepanjang saat..huhu.. ntah lah yana rasa mcm ada suatu gelombang yang baru jer nak bermula tapi yana tak pasti betul ke tak apa sangkaan yana. so juz wait n see.. yana tak pasti sampai bila yana akan jadi mcm ni cuma yang pasti biarlah masa yang menentukan segalanya, so far alhamdullilah yana bahagia jadi seperti sekarang ni.. bagi yana senyum tu adalah pengubat utk segala2nya, bila yana resah gelisah, suka, sedih semuanya yana akan cuba utk tersenyum, jangan mengharapkan orang lain utk faham diri anda kerana anda sendiri lebih arif dan tahu ttg diri anda..so senyuman adalah jawapan nya..huhuhuhu.. "persiapkan diri anda utk menempuhi hari2 yg bakal mendatang kerana kita sendiri tidak tahu apa yg bakal kita lalui"

06 December 2010

TeRsEnYuM PuAs...

yana nak rangkum kan semua cerita dalam 1 post, boleh ke?? huhu.. ok senyuman pertama yana nak berikan kerana Allah telah sembuhkan sedikit demi sedikit kesakitan yang yana lalui dalam minggu lepas, alhamdullilah..ok lah sebenarnya last week yana ada ura2 mcam nak demam dengan batok nya selsema nya, then nak dijadikan cerita ari jumaat lepas agak parah sikit lah which is yana dah start nak kena asthma balik coz batok dah melampau2 sangat..tapi sempat lagi tu gi kenduri kawen kawan ari sabtu nya, balik je dari org kawen terus merebahkan diri atas katil coz rasa dah xsedap utk bernafas..mlm tu ada wat celebrate bufday adik yana n time tu mmg dah kiritkal lah skit coz makin payah nak bernafas, bis je party terus runner gi klinik kasi sedut itu gas..actually yana ada pam yang doc bagi tu cuma xreti pakai n bila buat sendiri tak jadi plak..aduyaii..yana bukan seorang pengidap asthma yang tegar coz yana kena jarang sangat.setahun sekali maybe..sekarang ni pun cuaca dah tak berapa nak elok kan,asyik hujan je mmg sejuk ar..yana xboleh terlampau sejuk coz nnt dada yana akan sangat sakit ok..so bila dah gi klinik n telah segala ubat bagai, keesokkannye alhamdullilah beransur pulih juz tinggal batok jer lah sampai ke arini..so yana tersenyum pertama disitu.. :)

secondly yana nak senyum coz yana dah boleh start training kicking punching bag balik..yer lah since sakit x sakit last week mmg punching bag kat luar umah tu yana xusik pun..so semalam petang lepas jer beransur pulih terus yana menyentap punching bag tu utk di kick.. huhuh..puas rasa nya bila peluh dapat dikeluarkan balik dan akhir nya yana tersenyum sekali lagi... :)

senyuman berikut nya adalah, jeng jeng jeng... rahsiaaaaaaaa..... hahahha.. ntah lah yana eppy sangat mlm tadi coz dapat msg dari kawan yana.. hahaha kawan jer pun tapi nak eppy gak lantak lah... huhuhu... jgn dok suka lyana oiii kang sedih plak..huhhuh ok bosh! hanya mampu tersenyum jer bila dapat msg dari kawan yana tu.. weeeeeeeeee :) sekarang ni bagi yana, senyum lah selagi anda mampu tersenyum xkira lah dalam apa jua keadaan yg anda alami.. jika anda sedang diuji oleh Allah sekali pun, senyum lah..sesungguhnya anda dikalangan org2 yg terpilih dan diingati oleh - Nya.. :)

03 December 2010

~HaTi MeMbErOnTaK~


Jiwa kacau lah lately ni, dunno y..hurm ntah, apa perasaan korang bila ada sumone ni yang pernah rapat dengan korang suatu masa dulu and now dia mcm nak tak nak jer layan korang??? mulalah hati jahat ni pk kan yang tak elok jer kan..bukan apa, dia pernah cakap yang dia nak we all jadi kawan baik sampai bila2 which is kawan yang tiada rahsia langsung, ok find yana terima dengan ati terbuka even agak payah, siap cakap lagi dia tak nak kehilangan kawan lagi lepas ramai kawan dia putus kawan macam tu..hanya ada beberapa kawan dia jer yang tahu dan faham keadaan sebenar, so dia tak nak kawan yang tahu masalah dia ni hilang macam tu..tapi now dia pulak yang wat kisah tak kisah..pernah lah rasa hati mcm nak cakap 'lantak ko lah dengan masalah ko, ada ako kesah!' tapi tu lah bila kenang balik pernah susah senang bersama rasa tak sampai hati pulak.. TAPIIIIIII bila dia layan yana mcm ni rasa nak bagi penyepak sekali pun ada.. haiiiii... asyik mengeluh jer hati ni, tak baik tau..tak perlah, maybe time dia betul2 susah baru dia nak cari yana kot or maybe tak nak cari langsung, who know??? yana doakan yang terbaik jer utk dia, kalau rasa2 dah tak de kawan tu, xpe datang lah cari yana.. bagi yana, biarlah yana ni terhegeh2 kat korang demi erti sebuah persahabatan..mana yana mampu bantu yana bantu, yana tahu dia try nak buat yana benci kat dia tapi buat lah mcm mana sekali pun, yana marah kejap je pastu yana ok..sekali yana dah kenal orang tu, selamanya lah dia kawan yana..hargailah sebuah persahabatan.. kalau ikutkan, yana tak perlu nak susah2 pk kan masalah dia tapi dah nama pun seorang kawan kan, baik buruk dia sama2 rasa..yana tahu dia xpernah layan yana mcm mana dia layan orang lain, xtahu lah apa buruk and teruk sangat ke yana ni..???tapi terpulanglah kat dia nak buat apa pun kan, kita orang dah tak boleh nak mcam dlu so yana dapat rasakan yang layanan akan lebih teruk daripada dulu.. yana tak pernah putus2 berdoa demi kita.. tapi tuhan tu maha mengetahui segala baik dan buruk kan.. yana berserah jer.. :( walau apapun terjadi, yana nak say thanx a lot yang tak terhingga kerana kawan ni lah yang ajar yana erti kehidupan, keegoan, kesedihan, kematangan, kepayahan, kesenangan, kepercayaan, mmg tak terkata coz banyak sangat yang yana belajar dari dia..thanx banyak2, mungkin dalam xperasan anda telah mengajar yana dan yana xpernah lupakan jasa baik anda.. terima kasih sekali lagi.. buat lah jahat mcm mana pun kat yana, tapi yana xkan lupakan jasa anda kat yana.. paling penting pengorbanan anda sepanjang perkenalan kita... ya Allah banyak nya hamba mu itu mengajar ako erti kehidupan sebenar.terima kasih banyak2 kerana dipertemukan kami berdua.. ~tak mungkin melepaskanmu~

01 December 2010

~KaWaN~

KAWAN..apa ertinya kawan? seorang yang kita tidak kenal pada mulanya dan mula memberi berinteraksi antara satu sama lain dan bermulalah perhubungan sebagai seorang kawan.. tetapi kawan ini terbahagi kepada banyak bahagian, kawan baik, kawan lama, kawan seperjuangan, kawan kelas, kawan office, dan banyak lagi kawan..oklah sebenarnya kali ni yana nak luahkan tentang kawan2 yana yang yana rasa yana dah buat salah kat dorang ni.. masuk arini jer dah 2 orang kawan yang yana dah kenal hampir 10 tahun terluka.. maaf kan yana korang, yana tak de niat pun nak lukakakn hati korang tapi ntah lah, maybe yana dikelilingi oleh sejarah2 silam kot and sekali gus korang yang terkena tempias tu..maaffffff.... yana tahu, bukan sehari dua kita semua kenal tapi dah hampir 10 tahun kan..yana sendiri akui kesilapan yana and yes! mmg yana yang bersalah coz cuba limit kan batas berkawan kita.. kita semua tahu yang we are juz frenz.. aduhhhh apa aku dah buat ni.. sebenarnya yana tak nak tgk kwan2 yana ni mempermainkan hati seorang yang bergelar 'perempuan' so yana nak dorang hargai apa yang mereka ada,  yana as a perempuan tahu sangat hati perempuan ni, ye lah perempuan mana nak tgk bf dorang rapat dengan perempuan lain kan even kawan lama dorang..tapi tu lah orang kata, kawan ni sampai ke mati berbanding pasangan kekasih yang belum tentu penghujung nya.. yana mintak maaf sangat2, bukan yana dah tak nak kawan dengan korang, korang tetap kawan yana cuma yana takut and tak mau kawan perempuan korang pula yang tersentap dengan keakraban kita as a kwan lama.. cuma lepas kawan yana yang sorang ni bg tau apa yang terjadi antara dia dengan kwan perempuan dia tu baru yana sedar, yang kawan yana ni memerlukan kawan utk release tension... sekali lagi yana rasa bersalah dengan kawan yana ni.. yana nak korang semua tahu, kawan2 lah tulang belakang yana utk sama2 teruskan hidup.. aku sayang korang semua wei..maafkan aku.. :(

:- hati kecil menangis dgn apa yg dah dilakukan.. MAAF..as i promise wif myself, yana akan tetap berkawan dengan korang seperti biasa..

29 November 2010

~WheN YoU'rE GoNe~

I always needed time on my own
I never thought I’d need you there when I cry
And the days feel like years when I’m alone
And the bed where you lie
is made up on your side

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
When you’re gone
All the words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

I’ve never felt this way before
Everything that I do
Reminds me of you
And the clothes you left
they lie on my floor
And they smell just like you
i love the things that you do

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
And when you’re gone
The words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

We were made for each other
Out here forever
I know we were
Yeah Yeah

All I ever wanted was for you to know
Everything I do I give my heart and soul
I can hardly breathe, I need to feel you here with me
Yeah

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
When you’re gone
The words I need to hear will always get me through the day
And make it OK
I miss you

** layan pula dengar lagu ni, setiap lirik2 dia..bukan apa juz melayan perasaan je, kadang2 hati ni nak juga berjiwang kan..huhuhu..

Silat Wanita Kebangsaan, Melaka

sorry lah yerk since yana gi game kali ni mmg xusik langsung pun internet ni so ni baru nak mengadap balik pc ni..oklah actually yana baru balik dari game silat wanita di melaka dari 23hb - 28hb nov yang diadakan di Melaka Mall, dalam shoping complex gitu..huhuhu.. oklah seminggu yana kat sana yana sangat2 lah enjoy..hahahha nak gelak dulu b4 yana cerita kan semua yg terjadi kat sana...jom gelak dlu.. hahhaha hehehehe huhuhuhh hihihih hohoho.. oklah mula2 yana cerita dulu pasal game yana, yana kalah tapi yana sangat berpuas hati coz apa yang yana tgh training 2minggu lepas game kebangsaan aritu semuanya pada tahap yang yana mahukan, pendek kata ikut schedule yg yana dah buat lah. on target.. so yana dah boleh tingkatkan lagi training seterusnya seperti mana yang yana cakap dulu yana ada target yana dalam masa 2tahun dari sekarang..cuma yana harapkan support dari kengkawan dan family semua..pasal injury tu yana xnafikan yang ianya makin bertambah teruk coz belum baik sepenuhnya tapi yana dah gi game balik so tu mmg yana accept lah, xboleh nak buat apa cuma lepas ni kena teruskan treatment kat injury tu lah..(ko jgn mls2 eh yana jg injury tu..huhuhu).. yana tak kisah yana kalah coz yana puas hati dengan game n corak permainan yana, mmg semua org tak tahu apa yang yana nak dalam game kali n yana pun xsalahkan dorang kalau dorang nak marah or maki yana coz yana mmg dah ada target yana sendiri n yana kena fokus! btw tahniah kat member2 team yang menang pingat n keep it up k! yana still akan teruskan usaha yana utk mission yana tu nnt. so lepas ni mmg yana akan try involve kan diri dalam game utk nilai lagi tahap yana.

ok next story is gelagat2 we all kat sana..nak dijadikan cerita, kat sana yana jumpa balik kawan seperjuangan yana yang dah 3tahun tak jumpa, semua nya berubah. masing2 dah ada kerjaya masing2 then xsangka dapat jumpa balik n mula lah bersembang sampai 2 3 pagi kat hostel..huhuhu..sangat best wuoo.. paling best kat sana jugaklah we all ada create 1 team baru yang diberi nama team MEON menaruh harapan.. hahahha.. team ni terjadi coz masa kat sana we all lepak2 denga budak2 KL n gi karaoke semua then bro yana ni suka nyanyi lagi zaiton sameon tajuk menaruh harapan, so semua org ringan jer mulut ni dok nyanyi lagu ni..huhuhu.. team Meon ni terdiri daripada 7 jahanam iaitu yana,nini,bro,ella,peah,fatin n coach midah..semua sempoi weiii n sangat happening..will miss all the geng..uuuuuuu.. nak dijadikan cerita, 7jahanam ni dah lancarkan 1 projek besaran2 pada malam terakhir kat hostel tu dimana we all cari mangsa utk dibogelkan n diraba2..hahahhaa...klakar badol ar time tu...kejar orang sana sini,dlm bilik air n tepi tangga pun jadi..hahah..men permainan bodo aaaaaa...mlm tu projek we all sampai kul 3pagi, mmg sempoi gler ar dengan dorang ni. sampai ari terakhir game pun we all boleh lagi nyanyi lagi menaruh harapan beramai2.. hahahha...wei korang jum gi karok lagi....hahahha... yana mmg rasa mcm xnak balik KL jer coz dengan kawan2 ni lah buat yana ilang semua prob.. :) tgk lah nnt ada masa we all try wat reunion balik pada game akan datang.. insyaAllah.. so since dah balik KL ni, yana still akan teruskan training yana dengan punching bag tercinta kat umah tu sesambil recovery balik injury yana yg xbaik2 lagi ni...huhuhu

22 November 2010

DiCaBaR @ DiPeRLi

mowning..!
aduh pagi2 ni yana dah kena tembak dengan sumone..tepek kena kat dahi ni ar..adehhh pedihhhh jer rasa kan..yana tak tahu lah sama ada dia mmg betul2 perli yana ataupun cabar yana, tapi tak per yana take it as a challenge!!! yes, yana accept yang sekarang ni memang zaman kejatuhan yana tapi tak bererti sekali kita jatuh selama-lamanya akan jatuh kan...so yana anggap tu sebagai 1 cabaran dalam hidup yana which is yana nak proof kan balik dekat semua orang yang lyana nordin ni masih lagi berguna dan ada bisa nya..cumaaaaaaaa sekarang ni yana tengah terikat dengan kerja and nak dapat kan cuti tu memang sangat susah lah..hurm... even sepatut nya esok yana ada game kat melaka sempena Sukan Wanita Kebangsaan tapi still hari ni boss xapprove kan lagi cuti.. tapi yana mcm nekad nak ambil unpaid leave coz sangat2 nak pergi game tu..hurm...yana memang tak salah kan boss coz yana pun baru 2 minggu balik dari game and boss pun ada cakap nak gi game lagi ker..memang rasa serba salah tapi tak per lah, kalau betul boss xlepaskan cuti yana kali ni, yana akan ambil unpaid leave lah kot..ingat lyana, maybe ni dugaan yang bakal dihadapi utk sesuatu kejayaan.. :) .. senyum lah walaupun beribu masalah datang melanda... :)

20 November 2010

bLuRrRrRrR...

arghhh...!naper degan ko ni wahai cik lyana, buat asgnmt memanjang jer tak kena.. idea ta mau marikah..aduhhh...yyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy??? serius this week yana try gak pulun nak setlekan asgnmt ni jer terus tapi aduhhh xtau lah naper setiap kali buat mesti idea tak berapa nak mari..blurrr jer,padahal simple jer pun..come on lah lyana, make it simple k..actually yana tgh risau gak pasal cuti yana yang boss xapprove kan lagi, minggu depan hari selasa nak gi game dah tapi cuti tak lepas lagi ni..mcm mana tu? maybe sedikit sebanyak adalah menggangu ssedikit kefokusan yana dalam nak siapkan asgnmt ni kot..maybe lah(nak sedapkan hati) huhuhu..ya Allah, kau tenangkan lah hati hamba mu ini agar dapat mengeluarkan idea-idea yang bernas dalam menyiapkan asgnmt ini..amin..

p/s: dah xtau nak taip apa dah, tiba2 blurr balik..sowi.. :(

19 November 2010

DiTiNgGaLkAN @ MeNiNgGaLkAn

hai readers...
oklah arini yana berminat sangat nak talk bout tajuk kat atas ni, ditinggalkan atau pun meninggalkan. oklah yana juz nak minta pandangan korang2 kat luar sana, apa yang korang faham ttg ditinggalkan dan meninggalkan. mcm yana sangat simple contoh yang boleh diambil, ditinggalkan umpama seorang kekasih ditinggalkan kekasih nya manakala meninggalkan adalah seorang kekasih meninggalkan kekasih nya..hahaha lebih kurang jer,kena tinggal n tiggalkan..oklah sekarang ni yana nak tanya, antara 2 perkataan ni, mana yang anda2 rasa akan menerima impak yang sangat sadis ataupun dengan nama lain terluka??? ............................. (sila isikan tempat kosong itu) huhuhu.. yana bukan nak salah kan mana2 pihak tapi bagi yana lah kan,ini yana punya pendapat k jgn ada yang terasa dipersalahkan pulak.. ok bagi yana orang yg ditinggalkan lagi banyak impak yg harus diterima berbanding org yang meninggalkan. org yang meninggalkan ni mmg dah set up mind dia yang dia akan tinggalkan sumone ni tapi org yang ditinggalkan ni mmg tak prepare apa2 pun coz dia tak terlintas dalam fikiran utk ditinggalkan. pendek kata org yang ditinggalkan ni akan terima kejutan dengan kadar yang pantas.. tapi semua ni bergantung kepada seorang individu tu samada dia jenis cool atau sebalik nya..kalau yang jenis cool tu yana rasa dia boleh lagi nak acting mcm boleh terima keadaan yang dia ditinggalkan tapi kalau yang sebalik nya tu yana rasa mesti haru biru time ditinggalkan kan...huhuhuh..tak boleh dibayangkan... ngeh ngeh ngeh..

untuk org yang nak meninggalkan tu, yana tahu dorang pun belum tentu kuat utk meninggalkan seseorang tu mcm tu jer kan, dia mesti sangat lama ambil masa utk decide sesuatu keputusan tu b4 dia melafazkan nyer, betol tak? apa ingat senang jer ke nak cakap utk tinggalkan sumone..apa yang yana cakap semua ni dari awal sampai habis semuanya apa yang pernah yana lalui.. tapi buat org yang nak meninggalkan seseorang ni, satu jer yana pesan utk panduan akan datang, jgn terlalu lama pendamkan dalam hati if korang dah betol2 xmahukan seseorang tu..jgn permainkan hati nya lama2..kalau dapat jenis cool tak per lagi, ni kalau jenis yang meroyan, payah nnt..1 more thing, hati perempuan ni kalau dah terluka mmg boleh dirawat tapi parut tu tak kan hilang sampai bila2..ingat..tapi yana mmg tabik spring lah kepada org yang kuat utk melafazkan ungkapan meninggalkan tu coz dorang sangat kuat dan berani utk bagi tahu isi hati mereka yang sebenar..atleast korang jujur bagi tahu yang korang nak tinggalkan org tu kan..bukan senang nak ungkapkan, betol tak..

tapi walau apa pun yang terjadi, yana harap kawan2 dan family yana if perkara kat atas ni terjadi kat korang ingatlah, jgn lupa utk terus berdoa kepada-NYA utk diminta dikuat dan ditabahkan hati anda2 semua utk meneruskan kehidupan.. banyakkan berfikiran positif, isi masa2 lapang dengan aktiviti, jgn duduk sorang2 nnt korang akan mula berfikir kisah lampau..yer yana tahu bukan senang nak hilang kan kenangan tu mcm tu jer tapi usaha lah wahai kawan2 ku.. mmg hati kecil ini akan menangis semahu2nya tapi, bak kata sahabat yana, "kesedihan itu hanya sementara.."  percayalah akan ketentuan-NYA, setiap ujian dan dugaan yang diberi pasti ada hikmah nya.. DIA yang maha mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk.. InsyaALLAH..

18 November 2010

PeNgOrBaNaN..

salam..rasa nya tak terlambat lagi yana nak ucapkan selamat menyambut hari raya korban/aidiladha kepada seluruh umat islam..btw kali ni yana tak dapat pulang ke kampung even tok yana kat terengganu ada buat kenduri and korban seekor lembu..maaf ye tok xdapat pulang ke kampung sebab raya kedua yana dah kena masuk kerja balik..uuuuuu..apa2 pun we all sefamily sambut di KL buat kali kedua..mmg susah nak tengok we all sefamily beraya aidilfitri di kl,mmg x pernah langsung pun tapi pernah dulu sekali beraya haji kat KL n termasuk tahun ni dah 2kali..kali ni yana dengan adeq mmg terasa beraya sikit lah coz pagi raya we all siap2 dengan baju kurung semua and ada kawan2 datang rumah + ayah bertungkus lumus gi lapah 7 ekor lembu kat surau area rumah + ibu pun bersungguh2 masak kan lauk raya utk anak2 dia..kali ni raya haji mmg best lah..muaxxx!

tapi disebalik perngertian raya haji/korban ni, terdetik di sekelumit hati kecil yana ni utk bermuhasabah diri ttg erti pengorbanan. apa yang anda rasa ttg erti pengorbanan dalam hidup anda??? bila dikenang,direnung,difikirkan balik mmg ada pengorbanan yang dilakukan dalam sedar atau tanpa disedari. yana cuba kenangkan balik apa pengorbanan yang pernah yana lakukan utk family,adik bradik,kawan2 dan kepada diri yana sendiri.pernah ke yana buat pengorbanan tu semua? hurmmm..yana pun x pasti pernah ke yana lakukan pengorbanan tu..setiap pengorbanan perlulah dilakukan dengan sepenuh keikhlasan hati..mmg berat utk kita lakukan suatu pengorbanan tu tapi jika ianya adalah yang terbaik utk pihak tertentu, rela kan lah pengorbanan itu berlaku..mungkin pengorbanan itu akan memberikan seribu kebahagiaan kepada pihak lain dan dengan kebahagiaan itu hati kita akan tenang dan menumpang kegembiraan jua..nampak bagai mudah diungkapkan tapi berat utk kita lakukan betol tak? yana sendiri pun tak pasti samada yana mampu melakukan sebuah pengorbanan itu atau pun tidak. tepuk dada dan tanya hati anda..



PENGORBANAN..sebuah perkataan yang mudah diungkap tetapi berat sama sekali utk dilaksanakan..perkataan ni umpama kita menelan yang pahit dan meluahkan kemanisan kepada pihak lain demi membahagiakan insan yang kita sayangi.. :)

16 November 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

tajuk lagu Shahir...suria fm rajin betol putarkan lagu ni, masuk arini dah tak terbilang rasa nya lagu ni berkumandang..kipas baik nyer kat shahir ni erk..huhuu..btw lagu ni memang best pun, sedikit sebanyak lirik dia tu buat yana terleka sekejap..huhu.. jom layan lirik lagu dia ni:

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Kebahagiaan dalam perpisahan

so amacam, best tak lirik lagu ni? it's juz lirik lagu jer k, tak de kena mengena dengan sesiapa pun.. huhuu.. kalau ada yang terkena tu, layan kan jerlah erk..hik hik hik..

15 November 2010

Thank You..

kali ni yana nak ucapkan jutaan terima kasih kepada insan2 yang berada di sekeliling yana.. 1st sekali yana ucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah yana sebab tanpa mereka mungkin yana tak kan berada di dunia yang fana ini, thanx bu n ayah coz besarkan yana sehingga sekarang dan bagi yana didikan yang sempurna dan berguna. Leteran ibu dari yana kecil hingga dewasa menjadikan yana insan yang berguna kelak..amin.. pengorbanan ayah yang tak terhingga juga menjadikan ayah salah seorang daripada idol hidup yana. thanx ayah..yana akan cuba sedaya yang termampu utk memberikan yang terbaik utk ayah dan ibu..ibu banyak bagi semangat kat yana masa yana dalam pertandingan2 silat, tak henti2 ibu call yana tanya khabar berita dan suntik semangat yana, yana tahu ibu cukup tak suka kalau yana pergi game silat coz yana mesti tak berapa nak makan n bila balik umah badan kuwus n penuh dengan injury..yana tahu ibu sangat amik berat pasal yana even kalau selama ni kita duduk serumah kita asyik nak gado jer..tapi dalam tanpa kita sedari sebenarnya ibu sangat ambil berat akan anak2 nya..thanx a lot bu.. ayah pun mcm tu juga, even ayah ni seorang yang pendiam, walaupun dia xpernah cakap gud luck kat yana dalam apa2 pertandingan, tapi dalam sedar tak sedar, bila yana balik dari game n bila badan yana penuh dengan bengkak2 dia mesti melawat anak dia yg tgh tdo n tgk keadaan anak dia. yana perasan benda ni masa ada game sekali dulu, masa tu yana mmg baru nak tdo, then dengar ayah masuk bilik n tgk kaki yana. time tu mmg tgh bengkak giler.. ayah mmg tak pernah bertanya face to face tapi dia akan pantau dari jauh..terima kasih ayah..!





kedua, yana nak say thanx a lot to adik beradik yana..even kita org ni mcm anjing n kucing tapi bila kita dalam susah dorang ni lah yang akan berada paling rapat dengan yana..tak semua masalah yana akan cerita pada dia orang tapi kehadiran dorang dalam life yana buat yana haapy n lupa semua masalah yana walaupun buat seketika..thanx abg,adib n adeq...dalam 3 org ni adeq lydea lah yg pling banyak tahu pasal diri yana coz we all sekatil..huhuhu..adeq ni mmg giler2 tapi kadang2 dia lah buat yana eppy..thanx adeq..abg pulak dia dah kawen, so far dia banyak bagi nasihat dekat yana pasal life n banyak tolong yana if yana ada apa2 benda yang diperlukan.. thanx abg.. adib plak, actually dia ni paling keras kepala n suka ajak bergado tapi yana xkesah sangat coz kadang2 dia lah yang buat ayah tergelak..for info ayah paling susah nak senyum and gelak ok..adib ni mmg selalu amik berat pasal adik bradik ppuan dia so bila yana ckap nak perlukan bantuan dia, dia susah sekali nak tolak lah...thanx adib mokkk....huhuhu..


ketiga, ucapan terima kasih kepada rakan2 sekalian..rakan2 yang pernah susah senang dengan yana n tak lupa juga kepada insan2 yang pernah rapat suatu masa dulu dengan yana..yana doakan yang terbaik utk anda dan terima kasih banyak2 coz pernah hadir dalam life ini n banyak mengajar erti kehidupan..terima kasih banyak2..jasamu dikenang..! tak lupa juga terima kasih kepada geng2 silat yana yang mana yana dah anggap korang dah macam abang2 yana pun..semua nyer dah nak tamatkan zaman bujang masing2..tahniah abg2 ku..thanx tu acik apis,bentan,zul,rusz n iwan coz korang dah mcm abg2 yana n banyak guide yana dalam dunia persilatan...utk cikgu zainal plak dah mcm daddy yana, thanx cikgu n all of abg2...huhuhuu... kawan2 yang lain juga yana nak ucapkan terima kasih coz sudi jadi kawan yana, kawan sekolah, kawan kolej, kawan office, kawan U,kawan silat n semua insan yang mengenali yana, TERIMA KASIH banyak2...

jasa dan budi korang tak kan yana lupakan sampai bila2..thanx coz korang pernah hadir dalam hidup yana n sudi jadi penyeri hidup ini.. :)

11 November 2010

SeMaNgaT!!!

mowning everyone!!!

oklah arini yana dah cheer up my life, x tau lah datang dari mana dan bagaimana coz secara tiba2 yana semakin bersemangat utk merubah kehidupan yana dalam masa 2 tahun dari skrang. ini bermakna pada tahun 2012 yana akan pastikan semua mission yana akan terlaksana.. yeah!!! bukan senang nak bangun dan bangkitkan diri sendiri, mmg mudah di bibir tapi sangat sukar utk melaksanakannya.. yana dah mula clean up my brain utk atur step dalam capai misi yana..biarlah yana mula dengan seorang diri coz yana tau even kawan baik kita sendri pun belum tentu bagi yana support dan kepada org yg pernah berjanji hanya pada bibir utk terus bersama2 dengan yana walau dalam apa jua keadaan, thanx coz anda hanya sekadar mengungkap dari bibir anda sahaja..thanx juga sebab pernah hadir dalam hidup yana dan mengajar yana erti kehidupan yang sebenar..yana amik semua dari pengalaman hidup yana bersama anda utk dijadikan penyuntik dalam kehidupan baru yana..

btw bercerita pasal semangat ni, nak dijadikan cerita since balik dari game kat perak last week, yana baru start jog balik coz balik dari game mmg dah puas rest sesambil tunggu injury recovery tapi sayang seribu kali sayang, yana ingat kan kaki dan bengkak2 kat anggota badan lain dah ok sepenuhnya,ropenya masih lagi belum ckup. even hanya tinggal kesan lebam2 tapi still xok sepenuhnya.. semangat giler gi jogging pas balik kerja ni, tup2 dah balik tgk kaki bengkak balik n lepas fresh up my self kaki dah start berdenyut.. nyut nyut nyut..huhuhuhu...adeehhhh..ayah dah pandang lain macam jer coz tgk yana dah oku balik, actually yana seboleh2 xmahu ayah tau yang anak dia ni tgh injured coz takut nnt ayah guna kuasa veto dia keluarkan mohor2 besar kata yana xboleh bersilat lg...tidakkkkkkkkk...masa 2006 dlu pernah sekali masa tu yana nak main sukma under team penang then time tu plak yana mmg tgh injury, ayah terus kata TIDAK... aduhhh sedey jer kan time tu..sorry to team penang gak coz yana x sangka sampai ayah xbagi..huhuhuh...

masa yana baru masuk kerja balik selasa lepas, boss yana panggil masuk mengadap dia n dia tanya pasal game + injury yana..mcm biasalah yana cerita details kat boss..actually boss yana ni sangat sporting org nyer dan banyak juga bagi nasihat + support kat yana..tapi aritu dia pesan sebalik nya, dia kata injury yana ni teruk sangat then dia kata "sudah lah lyana,xpayah lah main lagi.saya risaukan masa depan awak nnt, skrang mmg xsakit tapi nnt 1 day benda tu sure datang balik" arghhhh, yana xboleh terima statement tu then yana try talk balik dengan dia kata yana ada mission yana tersendri..hope boss faham yer boss.. then boss kata gak, kalau nk main juga silat, sila tukar kategori..hahahah..maknanya dia suruh yana main seni jgn main olahraga lagi...maaf boss, yang tu mmg payah skit.. ye, sekarang mmg yana xrasa sakit2 tu semua coz yana muda lagi, tapi semangat berkobar2 ni xleh nak tipu boss..huhuhu..insyallah bila tiba masa nya pasti yana akan bersara juga..tapi yana akan pastikan sebelum yana bersara segala misi yana sudah terlaksana..aminnnn.... :)

10 November 2010

DoWn..

hurm..tgk title jer dah tau kan mcm perkara sedih jer yang yana nak coret kan.. ntah lah, since balik dari perak ni yana mcm down sangat2..dunno y, maybe kenangan silam masih terngiang2 lagi kowt, ntah lah dah biasa b4 ni share everything wif sumbody kan tapi now juz lonely..aduhhhh ni bukan lyana lah, lyana seorang yang tabah dan kuat, come on lyana u need to cheer up!!! mmg lah masa tgh serabut since last month yana ada share prob yana dengan kwn baik yana, Sha, tp skrang ni sha dah sibuk nak bertunang and mcm mls nak kaco dia sangat, al maklum lah org dah berbunga2 nak kahwen kan..actually sha ni pun sama mcm yana hadapi tragedi oktober cuma dia bertuah sangat coz mmg dah ada pengganti dalam masa yang singkat n terus decide nak tunang n kahwen..sangat jeles ok cha! btw yana doakan kebahagian cha sampai akhir hayat..aminnn...


now yana xterpk pun nak cari lain coz MALAS nak mencari n berpk, tp yana xkata pintu ati ni dah tertutp..tp tulah bila mengharapkan masa jer yang menentukan, mmg agak payah lah sikit kan...arghhhhhhhhh ntah lah..yana tgh rindu sangat nak bersujud, tp still dalam kuarantin..(ngeh ngeh, faham2 sudei).. bila tgh bersujud tu rasa tenang jer... :) tiba2 rasa nak nangis jer, boleh kerw??? uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... ntahlah, skrang ni buat apa semua nyer xkena, yana sendiri dapat rasa yang sekarang ni bukan LYANA NORDIN, rasa lain sangat2.. muka dah xsehappy dlu xseceria dlu..ya ALLAH tabahkan lah hamba mu ini.. gi kerja pun xsemangat, study pun terawang2, naper ko ni lyana?????rasa mcm idup ni dah xde hala tuju dah..dunia2..


lately ni, ibu banyak kali dah tanya pasal dia, tanya naper dah lama dia xdatang,lama xjumpa lah apa lah..aduhhhh hati yana bagai ditumbuk hancur dengan soalan2 mcm tu.. maaf ibu yana terpaksa berbohong dengan ibu coz yana xckup kuat lagi nak ceritakan perkara sebenar kat ibu..mungkin silap yana juga coz pernah bersuara dengan ibu yang we all mmg ada perancangan nak tamatkan zaman bujang, tapiiiiiii yana xde jodoh ibu dengan dia..mungkin bila tiba masa nya yana akan kuatkan hati utk ceritakan status sebenar yana bu tapi bukan sekarang..

09 November 2010

Ketentuan-NYA

salam.. lama sungguh rasanya x update blog ni.. tapi bila yana dah xtau nak luahkan perasaan ni kat siapa, terasa nak menulis kembali kat blog ni.. oklah, actually yana baru je balik dari game silat kebangsaan baru2 ni di gopeng perak, yana pun dah lama xmasuk gelanggang and game ni baru nak panas badan balik. sebenarnya, yana pada mula nya agak keberatan nak join game ni coz dah lama sangat x beraksi, tapi disebabkan perkara2 yang tertentu yana gagahkan diri juga utk kembali beraksi. yana join gak game kali ni coz yana cuba lari dari perasaan yang tengah jiwa kacau ni, tapi yana tau sejauh mana yana cuba lari dan lupakan perasaan yg tgh xmenentu ni,ianya xkan kemana juga coz still kena hadapi.. tapi xpe lah atleast seminggu yana kat perak tu boleh la yana lupakan sebentar ujian yang ditentukan oleh -Nya. yana eppy n enjoy dapat jumpa rakan2 silat n gosip2 pasal cerita lama, ngeh ngeh ngeh.. rasa mcm xnak balik KL dah, huhuhu.. tp kerja dan pengajian yana harus diteruskan.
korang percaya x dengan statement ni 'anggaplah dah xde jodoh' ?? statement ni lah yang buat yana tgh berperang dengan jiwa kacau yana ni.. hurm sukar dah sedih nak terima hakikat ni tapi tu lah yang terjadi kat hidup yana ni.. ujian yang telah tertulis dalam hidup LYANA.. hari demi hari doa yana tanpa henti utk terus ditabahkan hati ni menempuh dugaan yang diberikan, walaupun dah sebulan berlalu, yana masih belum 100% kuat utk hadapi nya, ingatkan dah ckup kuat utk hadapi nya kalau2 ada org tanya, tapi sangkaan yana meleset skali coz kekadang boleh mengalir air mata..arghhhhh u must strong lyana!!!! mmg sukar nak percaya coz berkawan hampir 4tahun, mcm2 suka duka dah dilalui bersama tapi dalam sekelip mata dan sekali lafaz je semuanya berkubur... yana cuba hiburkan diri sendiri + membusykan diri dengan menambah aktiviti bersukan, tapi yana xboleh tipu hati sendiri.. hati menangis.. :( xpe maybe ianya memerlukan masa utk pulih sepenuhnya.. bila dah jadi mcm ni, mulala terdetik pemikiran jahat konon nya mcm dah mls nak bercinta n kalau boleh nak bercinta lepas berkahwen, huhuhuhuh.. sound like funny rite, tp tu semua juz utk hiburkan hati ni jerw..xterpk lagi lah skrang ni, tp yana xpnah tutup ati ni utk mn2 lelaki yang mampu dan boleh tambat n bimbing yana ke jalan yang benar..cuma perkara ni semua yana serahkan pada yang esa utk tentukan nya.. semuanya sudah tertulis dan sudah pun dibuat perjanjiannya.. oklah nnt yana sambung update lagi yerk.. banyak sangat nak diluahkan tapi tunggguuuuu.....

19 July 2010

Di sebalik tabir latihan silat..jeng jeng jeng..


haaaa tgk title jer dah tau kan apa yang bakal yana cerita kan ni.. oklah nak dipendekan cerita, ari jumaa lepas bersamaan 16/7/10 yana mcm biasalah turun training utk tournament khamis ni, tapi mlm tu hujan plak so terpaksa lah semua duk berteduh kat surau berdekatan, then tunggu punya tunggu jam pun hampir menunjukkan pukul 12 tgh mlm, so yana dengan cikgu also kengkawan yang lain duk berborak jer, tapi masa tu yana dah ngantok bersulam kan sejuk dan angin yg kuatkan time tu, so yana pun sandarkan lah badan yana kat dinding sambil tido2 ayam, then biler yana terbukak mata...... pap!!! betul2 mengadap yana benda yang yana rasa semua org xnak tgk kot.. yana betul2 nampak makhluk yang yana xpasti apa benda nya cuma dari kabur2 mata yana, yana nampak macam sorang lelaki berbaju jubah putih2 coklat tgh berdiri tegak dalam hujan dan tangan dia peluk tubuh then misai dia pnjang serta iras muka yang garang duk pandang terus kat yana...
wahhhhhhh apa lagi, mmg yana terjerit sambil tutup muka lah time tu...huhuhu.. horror gler beb... time tu mmg semua org xperasan yang yana nampak benda tu, sampai yana terpaksa alih kan posisi badan yana then dalam beberapa minit lepas tu yana xleh tahan coz rasa n dengar benda tu makin dekat dengan yana then terus yana bangun dari tempat tu beralih duk dekat dengan member yana... perghhh tu lah 1st time dalam hidup yana, yang yana diberi kelebihan utk dapat tgk benda2 mcm tu... tapi yana xmauuuuu... uwaaaa..

14 July 2010

Looooong Time tak mengupdate...

waaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh... lama sungguh rasanya tak update blog yana ni kan..sowi lah yerk, since naik semester baru last month mmg yana tak berkesempatan nak update blog ni.. huhuhu.. ni pun dah rasa lega sikit coz asgnmt segala bagai dah siap and ada last class weekend ni so tak lah serabut sangat kepala ni...huhuhu.. so sepanjang yana tak mengupdate blog ni, macam2 benda dah berlaku cuma xsempat nak update jer, wah mcm artis plak ako ni kan...huhu...
oklah yana citer satu2 k, 6/6/10 yang lepas 2 orang serentak kawan yana a.k.a kawan iwan juga dah selamat mendirikan rumah tangga, aih & fana dan rusz & tiny.. slamat pengantin baru lah yerk di ucapkan(gambar nnt yana upload) dan nak dijadikan cerita, masa wedding dorang ni berlangsung, we all mmg ada wat show silat tapi malang tak berbau, salah seorang rakan kami mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke majlis, seminggu terlantar di icu dan akhirnya beliau telah kembali ke rahmatullah, al-fatihah......... semoga roh arwah faizul di cucuri rahmat...amin... :( ................
ok next aktvt yana adalah pada 16/6/10, yana, adib,bu & ayah pergi holiday kat langkawi, actually follow bu ada meeting kat sana then we all pun selit lah sekali follow..huhu..sangat best lah journey to langkawi tu coz kali ni gi sana we all tak drive kereta, we all naik kereta limosin terpnjang iaitu KERETAPI, huhu...almaklumlah tiket free kan kalau naik KTM ni, hik hik.. so perjalan memakan masa 12jam dari KL central menuju ke Arau, nasib amik katil so bantai tido jerlah dalam tren tu kan... bertolak pukul 9mlm then sampi sana dalam pukul 8pg keesokan hari nya...huhuhu...
so this month bulan 7 ni, yana sibuk plak dengan asgnmt research paper n latihan nak ke kejohanan rakan waja diri kebangsaan minggu depan, thanx god asgnmt dah tinggal nak touch up jer so dah boleh nak fokus kat game plak..aiyaiyaiiiii....fenin fenin...huhu.. sebenarnya yana dah lama xgi game ni, last gi game pun tahun lepas kot, so ni sajer nak try buat come back, xtau lah boleh lagi ke tak kan...sekrang ni pun lutut kanan ni dah mula ngilu2 ni takut dah nak xpired jer kan.. tak per Lyana just try da best..
p/s: gambar2 semua akan di upload kemudian yer...tq :)

19 May 2010

Anak Angkat hujung minngu

sorry lah yerk dah lama xupdate blog, bz sikit..(bz ke???) huhhu..
oklah kali ni yana nak bercerita tentang seorang budak yang bernama MOHD RIZQI bin YAZID. Pemilik nama ini baru berusia setahun lebih dan beliau juga merupakan anak angkat ibu yana pada hujung minggu, huhuu.. nak tahu kenapa hujung minggu jer, coz ujung minggu jerlah we all cuti and dapat jaga dia during mak kandung dia pergi berniaga.



biasanya ari sabtu n ahad mama akan hantar rizqi seawal 6.30am kat umah we all utk di kerjakan, hehehehe... budak ni kalau dah bangun tido mmg xreti nak tido balik so kalau dia tgh tido tu jangan lah sesekali gerak kan dia yer kawan2, buruk padah nya.. sambung balik cerita tadi, bila mama rizqi dah hantar kat umah, biasa nya adik yana iaitu lidiya yg akan amik job dulu main2 dengan dia sampai lah kul 8 lebih mcm tu dah bagi sumbat mkn semua baru lah mandi kan dia.. haaaaaa kalau nak tau budak kecik ni, kalau dah mandi sure dia kena sawan tdo di mana dia akan mula menguap x hengat dunia and akan tido sesuka hati di mana jua yang sempat dia landing.. huhu..



bila dia dah tido, baru lah we all sempat nak kemas2 umah and masak ke apa2 yang patut coz bila ini budak sudah terjaga, kena ngadap dia jer..huhu.. sekarang ni rizqi dah boleh berjalan tapi mcm ketam lah jalan pun terkedek2 lagi, dia dah pandai sebut mama, ayah, ibu tp jadi bbbbuuuu..huhu.. yang paling penting budak ni dah pandai melawan cakap kita balik yer, bila yana beb(mcm marah) dia akan beb yana balik. huh mmg x makan saman betul lah kan budak ni.. tapi mmg sangat enjoy lah jaga budak ni coz xbanyak ragam sangat n paling penting kalau bawak dia keluar gi kenduri or jenjalan, mesti dia xpernah nak meragam, even ngantok sekali pun dia akan tahan mata dia. senang betul lah nak jaga..huhu. tapi kalau nak jaga dia kenalah ada lebih seorang coz dia ni lasak sikit xterkejar di buatnya.



05 May 2010

Handbag sale...yeehaaa

So merujuk kepada entry di atas, dengan suka citanya yana disini ingin memberitahu bahawa ahad lepas yana telah berjaya menghabiskan duitku dengan membeli handbag CarloRino kat SOGO...huhu..
ok lah citer nya mcm ni, ahad lepas yana gi register new sem kat hq OUM kat jalan tun ismail, so mmg dah dekat sangat lah dengan sogo time tu. then lepas habis register tu, mmg saja2 jer nak jenjalan kat area jalan TAR tu coz nk cuci2 mata kan, then masuk jer dalam SOGO tiba2, yana tgk ramai nyer manusia2 yg mengerumuni kawasan tgh2 tu.. mesti lah di hati ni tertanya2 apa yang ada kat tgh2 tu kan.. intai punya intai sekali ada sale sampai 70% eh handbag.. apa lg terus lah tinggalkan si dia dan terus meloloskan diri di tgh2 keramaian org tu.. sekali dapat sambar 1 bag ni, bag carlo rino n time tu dapat sale 70% so harga dah jadi serat lebih, apa lg terus je gi bayor nyer dah xpk pe lg dah..actually xplan pun nk beli handbag ni pada hari kejadian, dah jumpa kebas jer lah kan..hik hik...
tp mmg ada plan nk bli handbag yg ada 2 tali tu, pendek n pnjang tp xdok lah time tu.. so dapat yg ni pun jadi lah kan.. insyallah lepas ni yana akan merembat kasut plak coz pagi tadi kasut terompah yana tersangkut kat tangga batu then terkopak sikit..cedeh jerw..huhu.. so kat bawah ni adalah handbag yg yana dok beceloteh tadi... huhuhu..




28 April 2010

Seminar Setiausaha,Hotel Istana

hai u allzzzz...
oklah semalam yana ada attend 1 seminar setiausaha ni kat hotel istana. so far, seminar ni bagi yana biasa2 jerw coz xberapa nak de bom' sangat.. seminar ni di emcee kan oleh Dany (x-factor), kali ni dany appearance dia agak serabut sikit & tak tahulah naper jadi cam gitu kan..tgk sikit muka si dany tu:

oklah aturcara yang disediakan adalah belah pagi iaitu 1st session dikendalikan oleh bekas pembaca berita tv3 Sharifah Shawati dengan produk beliau Adamaya, then lepas tu ada demo produk apa ntah dia mcm nk promote sikit barang2 keperluan office ni. Then lepas tu lunch dengan artis jemputan AWIE. awie datang lambat lah semalam, so xsampai pun sejam dia buat show...


Lepas lunch sambung lagi seminar tu by ESQ.. agak menarik jugak lah yang session ni, hopefully boleh dapat lagi peluang dengan ESQ ni, then lepas tu ada cara bermakeup bersama sendayu tinggi...
ermmm..bg yana mcm xberapa nak best sangat lah even this my 1st time gi secretary weeks kan..hopefully next year dapat gi yg lagi gempak.. yeahhhh!

22 April 2010

AdaMaya

ha sekarang ni tiap2 petang mmg yana tgh layan abis lah cerita adamaya ni.. sangat best, cerita yang mendalam kan lagi movie I'm Not Single ... sangat best jugak lah drama ni, sampai je umah lepas balik kerja terus landing depan tv n melopong tgk cerita ni... sangat suuuuwwweeeeetttt lerw kalau jadi mcm couple cerita ni...huhuhu...

so bagi mereka2 di luar sana yang belum tgk lagi cerita ni dari mula,boleh jer tgk balik secara online kat tv3.com.my... serius xtipu best cerita ni.. ;)

Duit..Money..$$$

hurm..mcm mana erk nak earn some side income..dalam kepala sekarang dok pk mcm mana nak cari duit lebih je...adehhhh... ada sesape ke nak share dengan yana mcm mana nak dapat duit lebih ni selain drpd gaji bulan yang kita dapat selalu ar??? fenin fenin fenin.. banyak nak pakai duit lah sekarang ni, nak bayar fee study, nk bayar tu bayar ni, saving lg..hurm... kita pun mmg digalakkan utk berusaha mencari duit lebih utk keselesaan masing2 kan, so ayuh kita memerah otak utk mencari idea..yeah!!!


ha bukan nak tamak lah, tapi kalau dapat pegang duit sendiri macam ni jugak kan best, so kena lah usaha utk dapatkan impian sebegini rope kan...huhuhu...

19 April 2010

Fruit's Cocktail for Order...

hye...!

oklah yana ada buat cocktail utk tempahan majlis2 perkahwinan, tunang and also majlis2 keramaian yang lain.. so bagi yang berminat utk buat tempahan, sila hubungi yana 012-6441304.. minimum tempahan adalah sebanyak 30 bekas dan harga sebekas adalah RM2.00 sahaja... kalau ada yang berminat boleh lah membuat tempahan seminggu awal yer.. so kat bawah ni yana selitkan sample2 cocktail yang yana maksud kan..





ha yang gambah bwh ni pulak adalah staff2 yang terlibat dalam tempahan yang dibuat pada minggu yang lalu.. adeq n me.. huhuhu..

oklah pasti ramai tertanya2 apa cocktail tu kan.. oklah cocktail ni adalah pencuci mulut yang mengandungi bancuhan tepung custard and buahan2 didalam nya... sangat sedap bila dimakan apabila disejukkan, sehingga menjilat jari...huhuhuu...so dun worry, if ada sesiapa yang order yana akan pastikan tempahan cocktail dihantar dalam keadaan sejuk dan sedia utk dimakan...

16 April 2010

hooorraaaaayyyy!!!


hip hip..hooray!!!

yeah dah bis final skrang ni...huhuhu.. xder lah yana dok gelisah jer pasal nak final exam ni..hik hik.. actually last paper masa ari rabu ritu, tp disebabkan bz so baru hari ni nak update blog nyerw...huhuhuu.. so final aritu yana amik 3 paper iaitu principles of management, math management and principles of microeconomics... so far alhamdullilah semua masih boleh terjawab lagi n juz hope i'm get a gud result...amin...


now nak citer sikit pasal masa 12 & 13 hb yg lepas, yana ada attend teaming with passion anjuran my company looo...sangat enjoy and buat yana lebih matang dalam menempuh environment berkerja...huhuhu.. so pic bawah ni antara ayat2 utk menaik kan semangat... CHALLENGEEEEEEEEE!!!!!


p/s: nampak x??? kalau xnampak tu buat2 lah nampak eh..huhuhu..

so next story plak is, 2morrow yana kena jadi baby sitter...huhuhu... kena jaga baby xbaby sangat lah coz dah setahun umurnya dan nama nyer adalah, Mohamad Rizki Yazid... budak ni mmg duk umah yana every weekend coz parents dia nak gi meniaga then tinggal kan dia kat umah we all..tapi yang menjadi cabaran nyer esok adalah yana kena jaga sorang2...uwaaa.. selalu nya ibu, adik n yana yang jaga, tapi esok dua2 ada hal..adehhhhh... xper challengeeeeeeee....!!!


09 April 2010

Kekasih Gelapku...


di pagi jumaat yang indah ni, tiba2 jer rasa nak menggatalkan jari menaip.. huhuhu...
oklah, yana ni sebenarnya ada simpan angan2 konon2 nyer nak dapat bf paling encem in da world...hahaha.. so far sekarang ni yang paling tertambat di hati yang kerdil ni adalah.... tadaaaaaaaaaaaa

Edward Cullen atau nama sebenarnya Robbert Pattinson... wah sangat machooooooo kan... cair beb... hik hik...

tapi juz suka dalam lakonan Twilight dia jer lah coz very2 imposible lah kan nak dapat kan si 'Edward Cullen' ni..huhuhu... umur pun lebih kuang jer kan... adeh lepas jer tgk movie dia, terus sasau yana di buatnya.. sangat lah machoo mamat ni...tidakkkkkkkkkkk!!!!

07 April 2010

JCard day datang lagi..

yuuuuhhhuuuuuuuu....!!!
semalam ada jcard day kat jusco cheras selatan, mmg sangat dekat dengan umah yana ni, so nk dijadikan cerita, balik dari kerja teruslah gi sana tapi mmg xplan pun nk beli apa2..konon nyer juz datang sekadar nk cuci2 mata jer.. tapi bila dah belek2 baju kat situ,,wah!! sangat cantek dan sangat lah murahhhhhhhhhh... apa lagi time tu mmg tak banyak cash dalam purse, tapi try gak cari baju yang harga cukup dalam purse yana, n lastly jumpa..yeah!!! dapat less 70% baju kemeja voir..sangat best!!! huhuhu.. time tu mmg ingat kalau boleh nak bershoping sakan tapi apakan daya kewangan menjadi penghalang.. mmg yana tgh survey2 baju nk pakai gi kerja + yang boleh bwk gi jenjalan sekali kira pakej lah kan 2 in 1, so dah jumpa n murah plak tu, pe lagi sambar jer lah kan... hik hik...
sorry lerw xsempat nk snap pic baju tu coz balik terus basuh n esok nyer terus pakai gi kerja..semangat baju barulah katakan...SEMANGAT!!! hahahha... cuma yang pelik bin hairan nyer semalam, xramai pun yang datang..selalu nyer jcard sebelum2 ni mmg sangat happening n crowded gler, mlm tadi relax jer yana rasa n xpresure sangat n lg 1 kaunter pun xpyah nak berbaris panjang...huh! mcm xcaya jer kan...huhuhu... tapi serius yana ckap, kalau bonus dah masuk lah time tu, mmg shoping xhengat lah jawab nyer...hik hik...

update jalan cerita hidupku..

salam... oklah arini yana nk update lah sikit2 jalan cerita hidup yana.. hik hik bukan apa coz time kena ganti tempat org so agak buhsan lah jugak kan..
oklah bulan ni ada bulan final exam semester 2 yana, so now dah lepas 1 paper iaitu paper principles of microeconomics.. fuhh lega tapi still ada 2 lagi paper yg nk kena jawab.. sabtu ni ada paper management n rabu depan paper kira2, math management... so mmg yana xsabar nak abis kan mingu2 peperiksaan ni coz dah xsanggup nak benakkan otak ni lg..hik hik..
bulan ni juga adalah bulan secretary, so yana dah booked utk 1 event ni on 27 april..huhu..so pada ari tu yana xmasuk office lah yerk coz pergi bersuka ria..hahaha(gelak jahat).. 12 & 13hb ni pun yana ada teaming passion, challenge!!!! organize by TM, semua staff TM ada lah wajib utk menghadiri bendalah..
so far ni jer dulu yang dah di schedulekan utk yana bulan ni, xtau lah plak kalau ada event2 lain kan..not bad gak lah coz every week ada jer event nyer, cuma yang pasti lepas daripada bulan 4 ni, semua kwn2 ako semua berebut2 nak tamatkan zaman bujang masing2..huhuhu... yana doakan semoga berbahagia lah korang semua yerk...amin...jgn tanya yana bila lagi k, sure yana lambat lagi nyer..huhuhu..

02 April 2010

Al-Fatihah buat Din Beramboi...

salam..
pagi ni kita semua dikejutkan dengan permergian arwah din beramboi, raja segala raja lawak yang dikenali ramai.. xtau lah kenapa tiba2 yana rasa mcm surprise sangat, padahal mmg yana bukan org rapat dia pun, maybe sebab yana suka sangan dengar sawancara arwah yang sengal gler tu kot..mmg semua lawak dia buat sungguh spontan.. dia lah yang dinama kan da real pelawak.. sellut gler ar kat din beramboi ni... mmg kalau yana tgh marah ker then tetiba dengar sawancara dia, sure ilang marah n bleh bantai gelak sorang2..
semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat2 org yang diredhai-NYA..
amin...

26 March 2010

Teambuilding GPPMO 2010

yelloooooooo lama gler xupdate blog ni kan...huhuhu
oklah, kali ni yana nk share pasal teambuilding yana dengan office GPPMO kat puteri resort, Melaka.. program ni pada 11-13 march yang lepas..sangat lah enjoy coz aktiviti outdoor yang diprogram kan sangat best...huhuhu
ok lah antara aktiviti2 yang yana sukeeeeeeeeeeee sangat adalah water rafting and mini amazing race seperti pic2 di bawah ni.. :

dah penat2 main racing water rafting, we all gi melantak ikan bakar plak.. wah sangat kenyang gler lah perut ni melantak dengan boss kupang hijau sampai boss sakit perut... hik hik hik.. cian boss yerk.. :)


dan sesudah mengeyangkan perut kami2 ni semua, we all konon nyer nak gi jenjalan mlm2 kat kota melaka, so cik pin kita bawak gi ronda2 by cruise Melaka.. even kampung yana dekat melaka pun, ni lah 1st time naik cruise dia...hik hik...


cantek juga lah sungai melaka ni lepas dah di upgrade kan air sungai nyer kan...so cintailah sungai kita yerk.. so keesokan hari nya pulak we all kena ada morning exercise.. wah semua bukan main liat nk angun kan coz mlm tadi segala haiwan2 laut dah masuk dalam perut... huhu so pagi tu we all kena bersenam n last skali buat pocho2.. sangat best wat pocho2 tu, teringat masa 3 bulan masuk camp training SUKMA kat N9...huhuhu...


so biler dah exercise badan pun dah cergas so time to masuk classsss...huhu

abis jer class ni, we all semua bergegas utk mini amazing race.. haaa yang ni sangat lah yana sukeeeeeeeeeeeeeeeeee....hik hik

ok lah time ni sesi bbq dan berkaraoke.. boleh menyumbang kan sore yana yg xseberapa ni..huhu mlm tu tema we all masquarade, so semua bertopeng lah jawab nyer...huhuu
so keesokkan pagi nyer, pagi2 buta lagi yana dah kena berangkat pulang ke KL dengan pantas nyer coz pukul 9 yana ada mid term exam.. so ni lah muka nyer bile penat + ngantok... huhuhu


04 February 2010

CHOC'S GIFT

hye!!!
kepada mereka2 di luar sana yg masih mencari2 door gift for wedding/engaged/bufday party, boleh singgah2 sebentar kat blog yana ni coz yana benda yg nk dikongsikan bersama..mana lah tau kan kalau2 ada yg berkenan di hati ker.. ahaks!







ok utk yang bulat2 kat atas ni nama nya adalah 'Oreo Choc's', dan dalam oreo choc ni ada sekeping biskut oreo yang disaluti dengan chocolate. Harga nya pula hanya RM2.00 setiap satu.







ok yang atas ni pula adalah 'LOLLICHOC'S' dan harga nya sama juga seperti ore choc hanya RM1.50 setiap satu.



yang ni pula adalah 'SPECIAL GIFT(small size)' harga nya RM13 dan dalam ada 9 biji coklat.


ha yang ni sama jer cuma besar sikit lah 'SPECIAL GIFT(medium size)', dan harga nya hanya RM16 sahaja dan dalam ada 12 biji coklat.

**delivery percuma hanya sekitar serdang/bangi/kajang/cheras selatan & bagi kawasan lembah klang yg lain, penghantaran akan dikenakan bayaranmegikut lokasi.

**boleh juga datang collect sendiri di Taman Universiti Indah, Serdang.

***so kepada sesiapa yang berminat boleh terus berhubung yana melalui mail di lyana_blackroze@yahoo.com.my