18 June 2012

Team Malaysia Fan Run 2012

ok kalau korang perasan, semalam ada event anjuran TM di dataran merdeka, yana & family pun join okey.. hik his.. alah saje suka2 disamping bg moral support to team malaysia yang nak ke Olimpik, London. so seawal jam 5pg yana semua dah bangun siap2 nak gerak ke datant.. so sampai dalam 6.30am mcm tu.. urghhh hari minggu ke begitu awal.. hehehe... alkisah nya ibu kata ada dapat breakfast, sudahnya tak de... huffff berlari lah kami dengan pewot kelaparan... mula lari dalam 7.40am mcm tu then habis dalam kul 8.40 mcm tu kot.. dengan hujan yang lebatnya masa dah separuh jalan.. habis lenjun dibuatnya.. adehhhh... we all amik 3km je pun.. so semua yang melepasi garisan penamat akan diberikan medal & sijil penyertaan.. hoyeahhh.... ada goodie bag juga yer.. jom layan gambar dulu..

pagi2 buat dah posing okeh...

topi yang ditaja oleh koperasi TM + gambar lepas habis lari hujan bebbb

ada lucky draw tapi mcm biasalah tak pernah nak bertuah nye.. huhu.. so lepas abis semua, bu blanje we all makan kat ayam kampung velodrom dekat bandar tun razak.. apa lagi makan dengan lahapnye lah.. hehehe

HOMST Chinese Muslim Cuisine

ahaks...! ari sabtu lepas yana, ET, abg wan & kak ina ada singgah pi makan kat Homst ni.. actually pernah gi  before ni but kali ni saje je nak tukar selera kan.. sebelum gi makan ni we all pi al-ikhsan dulu pi cari kasut & seluar utk fan run, ok xpe nnt lepas entry ni yana update fan run ye..  so lepas dah dapat barang tu we all pi cari adiah bufday utk opis yana plak, cari hadiah kat 1shope je, sangat murah dah mcm2 adooo.. huhu..

ok masa dinner kat HOMST ni, yana order ayam kong po with rice + ice lemon tea. ET plak order prawn fu chuck.. food ni udang goreng bersalut tepung je + dengan air rebina special (ada laici, blended,natedecoco & tembikai) kak ina plak order chee cheong fun curry & abg wan order black paper beef with rice.

antara menu set yang boleh di order

ni food kami

muka kelaparan.. hehehe

makan ala kadar je so xlah mahal sangat kan.. hik hiks!

so far pelayan mereka pun sangat lah sopan dan santun yer.. i likeeee.. ET plak tak habis2 kaco pelayan dorang + owner kedai sendiri pun turun padang layan customer ok.. huhuhu...  so those yang nak rasa masakan china tapi tak tau nak makan kat mana, boleh lah cuba kat kedai ni yer.. alamat ada kat bill tu.. ;)

14 June 2012

Madagascar

ahaks! semalam selepas berhempas pulas menamatkan liga pusingan awal netball dan keputusan nya kami kalah 8-7 sekali gus menutup laluan team yana utk mara ke peringkat seterusnya... tapi xpe juz hav fun game ok.. tapi dalam ati tetap anti dengan referee yg jg game we all okeh.. hufff!!! bias giler.. dengki buweeekkk. ada ako kesah.. =_^

ok xpe2 jom berbalik kepada cerita tadi, yana abis game je terus call ET tanya dia kat mana then cakap dah tercongok kat medan selera umah yana, so merepit kan diri utk terus pulang coz ticket dah booking kul 9pm dengan abg wan, kak ina & rizki... so siap2 semua then dapat call dari abg wan kata rizki tak jadi ikut coz demam... alooooooooooooo.. sebenarnya motif nak gi tengok movie ni sebab nak bawak rizki tapi last2 dia yang tak de.. kuciwa kami disitu...


so xpelah, pergi lah berempat ni je masuk cinema tu.. setengah jam pertama yana ok lagi dok layan je citer ni tapi last2 yana selamat zzzzzzzzzzzzzzz coz mcm penat + dok dalam aircond plak tu kan.. ho ho ho.. so terbahak-bahak lah si ET, abg wan n kak ina bertiga ni je.. huhuhu.. actually citer ni best dengan jalan cerita yang xmasuk akal tu kan.. cuma memandangkan penat yang tahap gaban tu mata ni uncontrol lerw.. huhuhu... so last yana terjaga ngam2 cerita tu abis.. apa lagi zassss balik umah & ET pun balik dengan pantas nya coz nak tgk EURO plak dengan kengkawan dia.. tengoklah sampai lebam yer coz saya nak tido dengan syahdunya... huhhu.. nasib lah euro tu tengah malam je kan, mmg yana tak heran pun ET tu nak layan bola sangat coz tu waktu tido yana.. hehehe.. ET pun dah masak sangat perangai yana, kalau dah ngantok, yana tak peduli dah dengan sape yang ada janji dapat tido.. huhuhu... so utk mereka2 yang ingin membawa anak2 tgk cerita madagascar ni, bawaklah ye.. mmg sangat geli hati.. huhu.. suka lagu ni 'i like move it move it, i like move it move it....u like..? move it!!!'  

time ni pun kelakar gak ni.. polkadot!!



p/s: jangan lupa buat tempahan kuih raya kat sini =_^


13 June 2012

Harimau Malaya

selamanya..selamanya..selamanya harimau malaya..
ey le le eyy ya a a a a
ey le le eyy ya a a a a



wah gituw nyanyi lagu harimau malaya tau.. maklumlah sebab syok giler kot tengok game Malaysia vs Singapore malam tadi.. sangat canteq permainan player kita malam tadi kan.. ni baru lah semangat kesukanan kan.. apa2 pun tahniah buat team harimau malaya coz dah berjaya mengaum dengan singa.. yeeehaaaa!


tahniah buat skuad kendalian Datuk K.Rajagopal dengan jariangn 2-0 hip hip.. horayyyy!!!

bola-bola jugak, kuih raya dah order lum??? jom order kat sini

Holiday

ahaaaaks! cuti sekolah lepas yana & family + ET ada gi holiday.. sekejap je pun, coz mula2 planing 1 malam je kat Sri Intan, Port Dickson.. so ari jumaat lepas, pas abis kerja yana terus zassss dengan sepantas kilat merempit balik rumah utk pack2 barang since ibu & ayah dah gerak awal coz dorang amik cuti jumaat tu. so yang gerak petang tu tinggal yana, ET, abg wan & kak ina. we all semua kerja lagi jumaat tu.. so sampai sana dekat2 maghrib juga lah.. target pi PD kali ni nak main banana boat je sebenarnya, so malam yang we all sampai tu xde buat apa sangat juz gi makan, lepak2 sesambil bergosip dengan sepupu sepapat semua lah kan + ada bazar malam kat dataran PD tu so yana sempat grab 2 pasang kasut + ET pun grab sepasang.. huhu..

keesokan pagi nya baru lah memula kan misi nak naik banana boat nye, tapi pic kat kamera kak ipar yana so yana tak de copy lg, nnt2 lah yerk.. kali ni nye trip naik banana boat agak sadis coz kaki yana kena pijak lah kepala kena hentak lah.. adehhh sampai tak perasan legging kat lutut koyak.. ntah bila masa pun tatau lah time tengah2 laut tu kan.. huhuhu..  disebabkan kat seri intan tu we all dapat booking 1 malam je so tengahri sabtu tu dah kena berambus dah dari situ, pas bincang2 dengan sdare mare semua dorang semua setuju nak sewa resort luar je, so we all dicdangakan oleh cousing yana utk check in kat ILHAM RESORT.. superbbb best ok resort ni coz duit nye pun leh tahan lah nak bayar utk 1 malam kan.. memandangkan we all ramai so decide amik 1 umah town house ada 3 bilik + 1 bilik extra, bilik extra tu bilik bibik je pun.. utk 1 malam kena RM640 okehhhh.. tu pun lepas diskaun guna kad pencen makcik yana dah pencen.. kalau x kena RM700++.. huhu

ni pic sikit2 yg ada kat ilham resort..

so kat ilham ni resort dia kena menapak skit kalau nak pi pantai, so we all decide mandi pool dia yang superb best tu dulu then pi main bola sepak pantai then yana, ET dan cousin pi cari ketam masa air surut.. sampai ke tengah laut jugaklah coz air surut giler time tu kan.. huhuh... orang kata kat rsort ni lah dekat dengan buaya yang di war2 kan dolu2 kala tu erk.. seram gak coz kat tepi tu mmg ada hutan paya bakau skit.. jeng jeng jeng... so malam nyer tu semua dok melepek & lepak depan TV sambil tengok EURO gituw.. yang syok nye ilham ni nyer wifi sangat bagussss dan laju... thumbs up!!!

esok nye tu lepas bekpes, we all pack2 nak balik pule then otw nak balik umah tu singgah makan cendol jap, tapi kedai ni ada mcm2 so yana sempat order mee rebus + dengan cili jeruk tu yang buat tak tahan tu.. hehehe


balik je umah..diky budak tecik tu demam coz penat sangat kot + yana, ET ,adeq & ayie pi mcd plak lepak2.. makan jelah kerja we all ho ho ho.. huhu.. so itu jelah kisah holiday yang pendek ni..

psst: korang dah order kuih raya ke belum?? jom order kuih raya kat sini =_^


08 June 2012

Lemon & Air Suam










Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.

Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya. 

Jika kita di Malaysia , pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti. 

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut. 
Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 
Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. 
Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang. 
Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. 
Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat. 
Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan. 
Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

*** dah order kuih raya ke belum?? dapatkan tempahan kuih raya di sini =_^

07 June 2012

Tak Sabar

apa bendalah sangat tu yang tak sabar sangat tu kan.. hehehe.. ada 2 perkara yang yana tak sabar sangat.. ok first, yana tak sabar nak pi booking pakej pelamin + baju sanding malam ni dengan persona fiza bridal di sri kembangan.. kiranya dah buat appointment dari bulan lepas then baru dapat date nak jumpa malam ni.. ahaks! haruslah yana sangat tak sabar memandangkan dari hari ke hari yana selalu check date wedding yana tak de clash dengan mana2 pasangan lain yang ingin membina masjid kan.. huhu.. so far memang tak clash lg lah.. phewwww! malam ni ingat nak discuss amik pakej apa gedebak gedebuk terus bayar booking, senang sikit kang tak de lah dok risau pasal xbooking pape lg kan.. siap pesan kat ET hari2 kata date & timing nak pi discuss ni, then malam tadi dia bg tau ada friendly futsal jap sampai kul 8mlm... ok xpe, by 8.30pm kena make sure sampai rumah coz appointment dalam kul 9pm.. haishhh rasa nak amuk je mula2 coz dah bg tau awal2 dah kan.. hufff! ok tapi xpe.. relax k lyana.. everything would be handle.. ;)

ok second's thing yg yana tak sabar adalah nak pi holiday..hoyeahhh..alah bukan gi mana sangat pun, gi PD je but jadi excited sangat coz dah lama gler tak gi melepak dengan family kan + wif sdare mare lain.. paling tak sabar adalah nak naik banana boat lagiiiiiiiiiiii.. hip hip hoooray!


ha lebih kurang mcm ni lah rope banana boat ni.. bila naik ramai2 baru rasa sangat beshhhh nyer.. huhu
so esok hari lepas balik kerja, perlu bersiap2 dengan sepantas yg mampu & terus shoot gi PD wif abg wan n kak ina, bu n ayah gerak awal coz esok dorang cuti..huhuhu.. ooouwwhhhh sangat terujaaaaaaaaaaaaaaaaa! giler meroyan.. hahaha.. 

psst: jgn lupa yer utk membuat tempahan kuih raya disini =_^

05 June 2012

Tempahan Kuih raya

fuhhhhh awal giler kan dah announce utk keluar kan tempahan kuih raya.. mcm biasa ye kawan, ni tahun ke-4 yana ambil tempahan kuih raya tapiiiiiiiiiiiiiiiii harus diingat bahawa bukan air tangan ku ini yang buat kuih yer.. hik hiks.. actually yana tolong jualkan je.. so far sepanjang 4 tahun yana amik tempahan kuih raya dari kakak ni memang cukup memuaskan hati ye kawan2 coz kuih ni HOMEMADE, ada order baru dibuat kuih tu. so kira fresh lagi lah ye. bukan dah buat lama then jual.. tema nye order dahulu dan baru buat.. pembikinan kuih ni pula 100% butter .. ok paling best harga bermula serendah RM10 dan maximum pun hanya RM20.. sangat murahkan, jangan risau ye walaupun harga yg murah tetapi kualiti kuih dijamin thumbs up! =_^
so dah boleh order dari sekarang & last order adalah pada 30/7/12 ... kat bawah ni list kuih yang ada yer..



1- mini popia gulung(udang) = RM10 (100batang)
2- mini popia sira pedas = RM10 (1/2kg)
3- mini popia milky = RM10 (1/2kg)
4- bangkit santan = RM12 (50 biji)
5- yam nestum = RM15 (50 biji)
6- sarang semut = RM15 (50 biji)
7- coklat lavender = RM15 (50 biji)
8- badam crunchy finger = RM16 (50 biji)
9- coklat rice splendour = RM16 (50 biji)
10- samprit = RM16 (50 biji)
11- samprit dahlia = RM16 (50 biji)
12- coklat rice crunchy = RM19 (50 biji)
13- fancy ice-cream = RM19 (50 biji)
14- almond london = RM20 (50 biji)
15- biskut gajus = RM20 (50 biji)
16- tear badam = RM20 (50 biji)
17- tart nenas = RM20 (50 biji)
18- short bread = RM20 (50 biji)
19- milky honey dew = RM20 (50 biji)
20- kuih sepit = RM19 (50 biji) flavour: strawberry/peanut/coklat/peanut + butter
21- kuih gulung = RM19 (100 batang)

ok sesiapa yang berminat nak cari side income boleh PM yana di lyana_blackroze@yahoo.com.my utk dapatkan catalog in word ye.. harga pasaran kat luar jauh lebih mahal dari harga yang yana bagi ni, so boleh lah kalau rasa2 nak try cari side income ye.. and sape yang nak order utk diri sendiri pun boley juga ye..
tempahan semua akan diedarkan seminggu sebelum raya.. so apa tunggu lagi.. ayuhh order kuih raya.. ahaks! 
    


04 June 2012

Badminton Terbuka

tadaaaaaaaaaaaaa!!! ada game terbuka lagi lah anjuran kelab TM Ibu Pejabat.. ahaks! mcm menarik..tadi dah halo2 kawan team netball ajak dia join game ni suka2.. dia kata on jer.. huhuhh.. giler bersukan yana tahun ni.. hehhe.. almaklumlah semenjak dah slow dengan dunia persilatan ni, saya grab je sukan apa yang ada depan matakan + boleh masukan dalam MAPS utk tahun ni.. hehehe.. i loikeeee!

alah badminton ni basic yana tau lah sikit2.. tapi kalau nak suruh main mcm Dato' Lee Chong Wei tu tak dapat lah weii.... huhuhu... xpe2 setiap apa kita buat kena ada kesungguhon kan.. alang2 dah masuk tu buat je kasi success! hoyeahhh... alah bersukan apa salah nye elok utk kesihatan gak... ayuh rakan2 TM mari kita bersukan.. ho ho ho... psst: ni kalau ET tau ni, mau dia geleng je kepala dia.. hik hiks! 

ICT Kembali

ok last nite we all sefamily berjalan2 dengan last minute planing dimana ibu tiba2 ajak gi ICT masa lepas maghrib.. actually niat nak bawak tok kami a.k.a mak kepada ayah ku yang datang dari terengganu dengan adik sepupu jenjalan.. so siang nye we all bantai lepak kat rumah je & bila malam menjelma baru lah rasa nak keluar jenjalan since semenjak dua menjak ni kan cuaca adalah sangat panas okeh.. so semua pakat siap2 sementara tunggu ayah balik dari surau, call mama diky ajak gi sekali then dalam kul 9.15pm baru lah we all gerak dari rumah... lambat sunggoh kan.. dah lah esok nye kena kerja.. ho ho ho..

dolu yana pernah lah gi gak ICT ni tapi masa tu baru lagi bukak nye & kali ni pergi dah mcm2 ado.. huhuhu.. so layan kan je erk.. sesampai je kat sana, mcm biasa lah kena cari parking, nasib lah tempat tu luas bebenor so xpyah nak risau pasal parking sangat kan...oh ye lupa plak, alang2 dah gi ICT tu, terus je yana halo ET ajak join sekali coz rumah dia dah dekat dah dengan ICT tu.. so berkumpul je kat sana terus memulakan misi nak naik roda besar tu tapi tersangat lah ramai yer kawan2 yang duduk berbaris tunggu turn nak naik walaupun jam sudah menunjukkan jam 10.30pm.. almaklum lah cuti sekolah kan so semua pakat2 gi jalan gak malam isnin.. huhu. so sudah nye gi makan dulu kat kedai mamak yang ada kat dalam tu, phuihhhh tak sodap langsung mahal bukan main lg... tapi xpe lah dah rezeki we all tu je kot mlm tu... 

seperti biasa diky akan buat hal meragam nak naik itu ini tapi disebabkan dia tak cukup tinggi so tak dapat lah geng,... gehhehe.. nasib baik masa we all nk bawak budak2 ni naik kuda tu ada kawan ET yang jaga kat situ, dapat masuk FREE je .. hik hiks! disinilah penting nye kawan2 ye.. ho ho ho.. so jom layan gambar kanak2 riang dulu yer.. sila tgk siapa yang terover gituw.. ahaks!

ni masa baru sampai & tunggu kereta lagi satu sampai

tadaaaaaaaaaa...kanak2 riang sedang main kuda.. yeehaaa


pose sebelum nak balik.. hehehe..kami giler bergambar.. hehehe

so sudahnya, kul 1am baru nak gerak balik rumah., sampai rumah dalam dekat kul 2am gituw... huwaaaa pagi ni mata yana rabak wei.. ngantoks giler... huhuhu... layannnnn