10 December 2010

Berapa Ramai Suami yg Boleh Jadi Imam???

Salam Semua.. oklah yana sebenarnya tertarik sangat dengan post yang kawan yana post kat blog dia. yana nak share lah dengan anda2 semua coz yana ada rasa ada betul nya juga.. post kali ni bukan berdasarkan utk melihat lelaki mahupun perempuan yang lebih bagus ye tapi sekadar saling ingat mengingati..jum baca dulu okey:

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.

Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?"

Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering digunapakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

 
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"
Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila

dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki juga begitu! Sekian..

so apa yang anda2 semua dapat katakan daripada petikan di atas ni??......... cuma yana harap jangan yg ada pertikaikan mana2 pihak yer.yana sekadar ingin berkongsi dengan semua jer.yang mana anda rasa baik ambillah sebagai ikhtibar, jika anda rasa anda xsuke dengan statement di atas, abaikan jer dan tak perlu utk menyalahkan antara 1 sama lain yer... oklah sebenarnya yana ada sedikit cerita yg yana rasa yana ada kena mengena sedikit lah dengan post kat atas ni. ok lah mcm ni, sejujurnya yana pernah sekali terjatuh hati dengan seikhlas2 nya terhadap seseorang ini yang yana gelarkan sebagai 'DIA', oklah actually yana xpernah rasa feel mcm tu skali..jap2 xtau nak mula kan macam mana cerita ini. ok mcm ni, ada sekali tu yana nk cari surau (lokasi dirahsiakan atas dasar2 xnak orang tahu) hik hik hik, then cari punya cari ropenya surau tu tak ada bahagian perempuan thats mean sekali dengan lelaki lah. surau tu agak kecil sahaja yer coz utk pengunjung tempat itu sahaja. so nak dijadikan cerita, masa yana tgh cari2 bahagian perempuan tu, memang yana perasan ada seorang jer lelaki yang tgh solat maghrib kot kalau tak silap, so sesambil cari2 port nak solat tu yana tertarik sangat dengar bacaan surah oleh dat guy and sampai terdetik kat hati ni tertanya2 siapa kah gerangan lelaki itu coz time tu tak pasti siapa yang solat. memang yana kenal lah orang yang ada kat situ cuma tak pasti siapa orang nya. so nak dijadikan cerita, lepas yana tengok xde port utk ppuan so yana pun macam tak sedap hati jer nak teruskan bersolat kat surau yang kecil tu berdua sahaja dengan dengan DIA coz memang tak de orang lain dah kat dalam surau tu. even surau tu terbuka tanpa dinding tapi yana rasa better yana balik sembahyang kat bilik jer, actually kat bilik tu ramai sangat orang yang duduk and kononnya nak cari keselesaan lah sikit utk bersolat. tapi bila dah jadi mcm tu terpaksa lah balik sembahyang kat bilik jer. cuma tu lah, apa yang yana cakap tadi yana sangat tertarik dengan lelaki yang bersolat di surau tadi n sangat merdu dengan bacaan surah2 nya. at the end memang yana dah kenal pasti lah siapa orang nyer, cuma biarlah dipendamkan saja niat di hati yang ingin berkawan bersama... :) biarlah menjadi rahsia.. ~Tragedi Surau~
 

2 comments:

faisal said...

huhu..
bagusla kak yana pendam..
=)

Unknown said...

huhuhu..ni faisal mn erk?