21 March 2011

~RiSau~

Salam semua.. oklah pagi ni yana nak bagi tahu yang yana risau kan kesihatan ayah coz dah 2 hari ayah sakit perut akibat batu karang dalam perutnya, duduk tak kena, baring tak kena. kesian yana tengok ayah. weekend ritu memang yana & ibu semua ada keluar jalan2 gi downtown and gi cari hadiah Rizki sempena bufday dia, ayah memang nak join tapi bila sakit perut ayah tu datang tak menentu, dia batalkan jer niat dia nak join kita orang semua. cian ayah.. :( malam tadi pun masa we all gi celebrate bufday rizki, ayah kata dia xdapat ikut coz perut dia kejap sakit kejap ok. so nanti takut dia tak selesa pula kan. so dia duduk rumah jer sementara tunggu we all semua balik. ayah dah gi jumpa doktor dah, and doc dah scan doc cakap batu karang tu tak besar sangat so doc bagi ubat jer dulu. dulu ayah pernah kena gak and lagi besar dari sekarang, dulu ayah kena laser kasi pecah batu tu. now kena lagi tapi x besar sangat lah macam dulu.. yana tanya gak ayah macam mana sakit nya, dia diam jer tak cakap, hurmm ayah sememang nya pendiam, dia tak pernah nak mengadu dia sakit ke tak. tapi semalam dari raut wajah muka dia, yana tahu dia tengah tahan sakit.. kalau lagi 2 3 hari tak baik lagi, yana ingat nak bawak gi hospital jer terus, cian ayah tengok dia kena tahan sakit jer kan. orang tua mana larat sangat nak tahan sakit macam dorang muda2 dulu kan.. hurm, yana doakan ayah semoga cepat sembuh yer... amin..


Kerisauan yang seterusnya adalah, hari jumaat lepas, jiran yana kehilangan kereta Honda City beliau, no plat pun baru lagi tu. tau2 pagi tu pagar dia dah terbuka and kereta dia dah hilang, aduhh risau nya. polis kata pun kawasan perumahan we all tu tengah hot kereta hilang kena curi.. memang pro gila lah pencuri kereta tu coz rumah jiran yana tu corner lot and terang dengan lampu lagi rumah dia. kesian juga dengan jiran tu coz wife dia baru bersalin and still dalam pantang lagi. so semenjak tu, yana tido pun kena berjaga2 coz yana duduk bilik paling depan sekali so kena alert dengan bunyi2 pada waktu malam.. kepada pencuri2 kereta di luar sana, renung2kan lah apa yang korang dah buat kat mangsa2 korang tu, bawak2 lah bertaubat. fikir2 kan lah kalau family korang yang jadi mangsa pencuri kereta yang lain dan kebetulan pula salah seorang dari family korang tengah sakit kuat malam2 hari and tiba2 kereta korang kena curi sehingga menyebabkan kematian kepada si pesakit tadi, apa korang akan rasa? ingat!! kehidupan kita di muka bumi ni seperti roda, sekarang korang memang dekat atas tengah bermaharajalela dengan hasil kereta curi korang, tapi suatu hari nanti korang akan berada di bawah pula.. insaf lah..

2 comments:

fauzi said...

inysaAllah semua akan berjalan seperti biasa.Tabahkan hati mu...perbanyak kan berdoa

Unknown said...

insyaAllah jie.thanx