13 June 2012

Harimau Malaya

selamanya..selamanya..selamanya harimau malaya..
ey le le eyy ya a a a a
ey le le eyy ya a a a a



wah gituw nyanyi lagu harimau malaya tau.. maklumlah sebab syok giler kot tengok game Malaysia vs Singapore malam tadi.. sangat canteq permainan player kita malam tadi kan.. ni baru lah semangat kesukanan kan.. apa2 pun tahniah buat team harimau malaya coz dah berjaya mengaum dengan singa.. yeeehaaaa!


tahniah buat skuad kendalian Datuk K.Rajagopal dengan jariangn 2-0 hip hip.. horayyyy!!!

bola-bola jugak, kuih raya dah order lum??? jom order kat sini

Holiday

ahaaaaks! cuti sekolah lepas yana & family + ET ada gi holiday.. sekejap je pun, coz mula2 planing 1 malam je kat Sri Intan, Port Dickson.. so ari jumaat lepas, pas abis kerja yana terus zassss dengan sepantas kilat merempit balik rumah utk pack2 barang since ibu & ayah dah gerak awal coz dorang amik cuti jumaat tu. so yang gerak petang tu tinggal yana, ET, abg wan & kak ina. we all semua kerja lagi jumaat tu.. so sampai sana dekat2 maghrib juga lah.. target pi PD kali ni nak main banana boat je sebenarnya, so malam yang we all sampai tu xde buat apa sangat juz gi makan, lepak2 sesambil bergosip dengan sepupu sepapat semua lah kan + ada bazar malam kat dataran PD tu so yana sempat grab 2 pasang kasut + ET pun grab sepasang.. huhu..

keesokan pagi nya baru lah memula kan misi nak naik banana boat nye, tapi pic kat kamera kak ipar yana so yana tak de copy lg, nnt2 lah yerk.. kali ni nye trip naik banana boat agak sadis coz kaki yana kena pijak lah kepala kena hentak lah.. adehhh sampai tak perasan legging kat lutut koyak.. ntah bila masa pun tatau lah time tengah2 laut tu kan.. huhuhu..  disebabkan kat seri intan tu we all dapat booking 1 malam je so tengahri sabtu tu dah kena berambus dah dari situ, pas bincang2 dengan sdare mare semua dorang semua setuju nak sewa resort luar je, so we all dicdangakan oleh cousing yana utk check in kat ILHAM RESORT.. superbbb best ok resort ni coz duit nye pun leh tahan lah nak bayar utk 1 malam kan.. memandangkan we all ramai so decide amik 1 umah town house ada 3 bilik + 1 bilik extra, bilik extra tu bilik bibik je pun.. utk 1 malam kena RM640 okehhhh.. tu pun lepas diskaun guna kad pencen makcik yana dah pencen.. kalau x kena RM700++.. huhu

ni pic sikit2 yg ada kat ilham resort..

so kat ilham ni resort dia kena menapak skit kalau nak pi pantai, so we all decide mandi pool dia yang superb best tu dulu then pi main bola sepak pantai then yana, ET dan cousin pi cari ketam masa air surut.. sampai ke tengah laut jugaklah coz air surut giler time tu kan.. huhuh... orang kata kat rsort ni lah dekat dengan buaya yang di war2 kan dolu2 kala tu erk.. seram gak coz kat tepi tu mmg ada hutan paya bakau skit.. jeng jeng jeng... so malam nyer tu semua dok melepek & lepak depan TV sambil tengok EURO gituw.. yang syok nye ilham ni nyer wifi sangat bagussss dan laju... thumbs up!!!

esok nye tu lepas bekpes, we all pack2 nak balik pule then otw nak balik umah tu singgah makan cendol jap, tapi kedai ni ada mcm2 so yana sempat order mee rebus + dengan cili jeruk tu yang buat tak tahan tu.. hehehe


balik je umah..diky budak tecik tu demam coz penat sangat kot + yana, ET ,adeq & ayie pi mcd plak lepak2.. makan jelah kerja we all ho ho ho.. huhu.. so itu jelah kisah holiday yang pendek ni..

psst: korang dah order kuih raya ke belum?? jom order kuih raya kat sini =_^


08 June 2012

Lemon & Air Suam










Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.

Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya. 

Jika kita di Malaysia , pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti. 

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut. 
Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 
Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. 
Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang. 
Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. 
Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat. 
Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan. 
Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

*** dah order kuih raya ke belum?? dapatkan tempahan kuih raya di sini =_^