19 July 2010

Di sebalik tabir latihan silat..jeng jeng jeng..


haaaa tgk title jer dah tau kan apa yang bakal yana cerita kan ni.. oklah nak dipendekan cerita, ari jumaa lepas bersamaan 16/7/10 yana mcm biasalah turun training utk tournament khamis ni, tapi mlm tu hujan plak so terpaksa lah semua duk berteduh kat surau berdekatan, then tunggu punya tunggu jam pun hampir menunjukkan pukul 12 tgh mlm, so yana dengan cikgu also kengkawan yang lain duk berborak jer, tapi masa tu yana dah ngantok bersulam kan sejuk dan angin yg kuatkan time tu, so yana pun sandarkan lah badan yana kat dinding sambil tido2 ayam, then biler yana terbukak mata...... pap!!! betul2 mengadap yana benda yang yana rasa semua org xnak tgk kot.. yana betul2 nampak makhluk yang yana xpasti apa benda nya cuma dari kabur2 mata yana, yana nampak macam sorang lelaki berbaju jubah putih2 coklat tgh berdiri tegak dalam hujan dan tangan dia peluk tubuh then misai dia pnjang serta iras muka yang garang duk pandang terus kat yana...
wahhhhhhh apa lagi, mmg yana terjerit sambil tutup muka lah time tu...huhuhu.. horror gler beb... time tu mmg semua org xperasan yang yana nampak benda tu, sampai yana terpaksa alih kan posisi badan yana then dalam beberapa minit lepas tu yana xleh tahan coz rasa n dengar benda tu makin dekat dengan yana then terus yana bangun dari tempat tu beralih duk dekat dengan member yana... perghhh tu lah 1st time dalam hidup yana, yang yana diberi kelebihan utk dapat tgk benda2 mcm tu... tapi yana xmauuuuu... uwaaaa..

14 July 2010

Looooong Time tak mengupdate...

waaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh... lama sungguh rasanya tak update blog yana ni kan..sowi lah yerk, since naik semester baru last month mmg yana tak berkesempatan nak update blog ni.. huhuhu.. ni pun dah rasa lega sikit coz asgnmt segala bagai dah siap and ada last class weekend ni so tak lah serabut sangat kepala ni...huhuhu.. so sepanjang yana tak mengupdate blog ni, macam2 benda dah berlaku cuma xsempat nak update jer, wah mcm artis plak ako ni kan...huhu...
oklah yana citer satu2 k, 6/6/10 yang lepas 2 orang serentak kawan yana a.k.a kawan iwan juga dah selamat mendirikan rumah tangga, aih & fana dan rusz & tiny.. slamat pengantin baru lah yerk di ucapkan(gambar nnt yana upload) dan nak dijadikan cerita, masa wedding dorang ni berlangsung, we all mmg ada wat show silat tapi malang tak berbau, salah seorang rakan kami mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke majlis, seminggu terlantar di icu dan akhirnya beliau telah kembali ke rahmatullah, al-fatihah......... semoga roh arwah faizul di cucuri rahmat...amin... :( ................
ok next aktvt yana adalah pada 16/6/10, yana, adib,bu & ayah pergi holiday kat langkawi, actually follow bu ada meeting kat sana then we all pun selit lah sekali follow..huhu..sangat best lah journey to langkawi tu coz kali ni gi sana we all tak drive kereta, we all naik kereta limosin terpnjang iaitu KERETAPI, huhu...almaklumlah tiket free kan kalau naik KTM ni, hik hik.. so perjalan memakan masa 12jam dari KL central menuju ke Arau, nasib amik katil so bantai tido jerlah dalam tren tu kan... bertolak pukul 9mlm then sampi sana dalam pukul 8pg keesokan hari nya...huhuhu...
so this month bulan 7 ni, yana sibuk plak dengan asgnmt research paper n latihan nak ke kejohanan rakan waja diri kebangsaan minggu depan, thanx god asgnmt dah tinggal nak touch up jer so dah boleh nak fokus kat game plak..aiyaiyaiiiii....fenin fenin...huhu.. sebenarnya yana dah lama xgi game ni, last gi game pun tahun lepas kot, so ni sajer nak try buat come back, xtau lah boleh lagi ke tak kan...sekrang ni pun lutut kanan ni dah mula ngilu2 ni takut dah nak xpired jer kan.. tak per Lyana just try da best..
p/s: gambar2 semua akan di upload kemudian yer...tq :)

19 May 2010

Anak Angkat hujung minngu

sorry lah yerk dah lama xupdate blog, bz sikit..(bz ke???) huhhu..
oklah kali ni yana nak bercerita tentang seorang budak yang bernama MOHD RIZQI bin YAZID. Pemilik nama ini baru berusia setahun lebih dan beliau juga merupakan anak angkat ibu yana pada hujung minggu, huhuu.. nak tahu kenapa hujung minggu jer, coz ujung minggu jerlah we all cuti and dapat jaga dia during mak kandung dia pergi berniaga.



biasanya ari sabtu n ahad mama akan hantar rizqi seawal 6.30am kat umah we all utk di kerjakan, hehehehe... budak ni kalau dah bangun tido mmg xreti nak tido balik so kalau dia tgh tido tu jangan lah sesekali gerak kan dia yer kawan2, buruk padah nya.. sambung balik cerita tadi, bila mama rizqi dah hantar kat umah, biasa nya adik yana iaitu lidiya yg akan amik job dulu main2 dengan dia sampai lah kul 8 lebih mcm tu dah bagi sumbat mkn semua baru lah mandi kan dia.. haaaaaa kalau nak tau budak kecik ni, kalau dah mandi sure dia kena sawan tdo di mana dia akan mula menguap x hengat dunia and akan tido sesuka hati di mana jua yang sempat dia landing.. huhu..



bila dia dah tido, baru lah we all sempat nak kemas2 umah and masak ke apa2 yang patut coz bila ini budak sudah terjaga, kena ngadap dia jer..huhu.. sekarang ni rizqi dah boleh berjalan tapi mcm ketam lah jalan pun terkedek2 lagi, dia dah pandai sebut mama, ayah, ibu tp jadi bbbbuuuu..huhu.. yang paling penting budak ni dah pandai melawan cakap kita balik yer, bila yana beb(mcm marah) dia akan beb yana balik. huh mmg x makan saman betul lah kan budak ni.. tapi mmg sangat enjoy lah jaga budak ni coz xbanyak ragam sangat n paling penting kalau bawak dia keluar gi kenduri or jenjalan, mesti dia xpernah nak meragam, even ngantok sekali pun dia akan tahan mata dia. senang betul lah nak jaga..huhu. tapi kalau nak jaga dia kenalah ada lebih seorang coz dia ni lasak sikit xterkejar di buatnya.