06 December 2010

TeRsEnYuM PuAs...

yana nak rangkum kan semua cerita dalam 1 post, boleh ke?? huhu.. ok senyuman pertama yana nak berikan kerana Allah telah sembuhkan sedikit demi sedikit kesakitan yang yana lalui dalam minggu lepas, alhamdullilah..ok lah sebenarnya last week yana ada ura2 mcam nak demam dengan batok nya selsema nya, then nak dijadikan cerita ari jumaat lepas agak parah sikit lah which is yana dah start nak kena asthma balik coz batok dah melampau2 sangat..tapi sempat lagi tu gi kenduri kawen kawan ari sabtu nya, balik je dari org kawen terus merebahkan diri atas katil coz rasa dah xsedap utk bernafas..mlm tu ada wat celebrate bufday adik yana n time tu mmg dah kiritkal lah skit coz makin payah nak bernafas, bis je party terus runner gi klinik kasi sedut itu gas..actually yana ada pam yang doc bagi tu cuma xreti pakai n bila buat sendiri tak jadi plak..aduyaii..yana bukan seorang pengidap asthma yang tegar coz yana kena jarang sangat.setahun sekali maybe..sekarang ni pun cuaca dah tak berapa nak elok kan,asyik hujan je mmg sejuk ar..yana xboleh terlampau sejuk coz nnt dada yana akan sangat sakit ok..so bila dah gi klinik n telah segala ubat bagai, keesokkannye alhamdullilah beransur pulih juz tinggal batok jer lah sampai ke arini..so yana tersenyum pertama disitu.. :)

secondly yana nak senyum coz yana dah boleh start training kicking punching bag balik..yer lah since sakit x sakit last week mmg punching bag kat luar umah tu yana xusik pun..so semalam petang lepas jer beransur pulih terus yana menyentap punching bag tu utk di kick.. huhuh..puas rasa nya bila peluh dapat dikeluarkan balik dan akhir nya yana tersenyum sekali lagi... :)

senyuman berikut nya adalah, jeng jeng jeng... rahsiaaaaaaaa..... hahahha.. ntah lah yana eppy sangat mlm tadi coz dapat msg dari kawan yana.. hahaha kawan jer pun tapi nak eppy gak lantak lah... huhuhu... jgn dok suka lyana oiii kang sedih plak..huhhuh ok bosh! hanya mampu tersenyum jer bila dapat msg dari kawan yana tu.. weeeeeeeeee :) sekarang ni bagi yana, senyum lah selagi anda mampu tersenyum xkira lah dalam apa jua keadaan yg anda alami.. jika anda sedang diuji oleh Allah sekali pun, senyum lah..sesungguhnya anda dikalangan org2 yg terpilih dan diingati oleh - Nya.. :)

03 December 2010

~HaTi MeMbErOnTaK~


Jiwa kacau lah lately ni, dunno y..hurm ntah, apa perasaan korang bila ada sumone ni yang pernah rapat dengan korang suatu masa dulu and now dia mcm nak tak nak jer layan korang??? mulalah hati jahat ni pk kan yang tak elok jer kan..bukan apa, dia pernah cakap yang dia nak we all jadi kawan baik sampai bila2 which is kawan yang tiada rahsia langsung, ok find yana terima dengan ati terbuka even agak payah, siap cakap lagi dia tak nak kehilangan kawan lagi lepas ramai kawan dia putus kawan macam tu..hanya ada beberapa kawan dia jer yang tahu dan faham keadaan sebenar, so dia tak nak kawan yang tahu masalah dia ni hilang macam tu..tapi now dia pulak yang wat kisah tak kisah..pernah lah rasa hati mcm nak cakap 'lantak ko lah dengan masalah ko, ada ako kesah!' tapi tu lah bila kenang balik pernah susah senang bersama rasa tak sampai hati pulak.. TAPIIIIIII bila dia layan yana mcm ni rasa nak bagi penyepak sekali pun ada.. haiiiii... asyik mengeluh jer hati ni, tak baik tau..tak perlah, maybe time dia betul2 susah baru dia nak cari yana kot or maybe tak nak cari langsung, who know??? yana doakan yang terbaik jer utk dia, kalau rasa2 dah tak de kawan tu, xpe datang lah cari yana.. bagi yana, biarlah yana ni terhegeh2 kat korang demi erti sebuah persahabatan..mana yana mampu bantu yana bantu, yana tahu dia try nak buat yana benci kat dia tapi buat lah mcm mana sekali pun, yana marah kejap je pastu yana ok..sekali yana dah kenal orang tu, selamanya lah dia kawan yana..hargailah sebuah persahabatan.. kalau ikutkan, yana tak perlu nak susah2 pk kan masalah dia tapi dah nama pun seorang kawan kan, baik buruk dia sama2 rasa..yana tahu dia xpernah layan yana mcm mana dia layan orang lain, xtahu lah apa buruk and teruk sangat ke yana ni..???tapi terpulanglah kat dia nak buat apa pun kan, kita orang dah tak boleh nak mcam dlu so yana dapat rasakan yang layanan akan lebih teruk daripada dulu.. yana tak pernah putus2 berdoa demi kita.. tapi tuhan tu maha mengetahui segala baik dan buruk kan.. yana berserah jer.. :( walau apapun terjadi, yana nak say thanx a lot yang tak terhingga kerana kawan ni lah yang ajar yana erti kehidupan, keegoan, kesedihan, kematangan, kepayahan, kesenangan, kepercayaan, mmg tak terkata coz banyak sangat yang yana belajar dari dia..thanx banyak2, mungkin dalam xperasan anda telah mengajar yana dan yana xpernah lupakan jasa baik anda.. terima kasih sekali lagi.. buat lah jahat mcm mana pun kat yana, tapi yana xkan lupakan jasa anda kat yana.. paling penting pengorbanan anda sepanjang perkenalan kita... ya Allah banyak nya hamba mu itu mengajar ako erti kehidupan sebenar.terima kasih banyak2 kerana dipertemukan kami berdua.. ~tak mungkin melepaskanmu~

01 December 2010

~KaWaN~

KAWAN..apa ertinya kawan? seorang yang kita tidak kenal pada mulanya dan mula memberi berinteraksi antara satu sama lain dan bermulalah perhubungan sebagai seorang kawan.. tetapi kawan ini terbahagi kepada banyak bahagian, kawan baik, kawan lama, kawan seperjuangan, kawan kelas, kawan office, dan banyak lagi kawan..oklah sebenarnya kali ni yana nak luahkan tentang kawan2 yana yang yana rasa yana dah buat salah kat dorang ni.. masuk arini jer dah 2 orang kawan yang yana dah kenal hampir 10 tahun terluka.. maaf kan yana korang, yana tak de niat pun nak lukakakn hati korang tapi ntah lah, maybe yana dikelilingi oleh sejarah2 silam kot and sekali gus korang yang terkena tempias tu..maaffffff.... yana tahu, bukan sehari dua kita semua kenal tapi dah hampir 10 tahun kan..yana sendiri akui kesilapan yana and yes! mmg yana yang bersalah coz cuba limit kan batas berkawan kita.. kita semua tahu yang we are juz frenz.. aduhhhh apa aku dah buat ni.. sebenarnya yana tak nak tgk kwan2 yana ni mempermainkan hati seorang yang bergelar 'perempuan' so yana nak dorang hargai apa yang mereka ada,  yana as a perempuan tahu sangat hati perempuan ni, ye lah perempuan mana nak tgk bf dorang rapat dengan perempuan lain kan even kawan lama dorang..tapi tu lah orang kata, kawan ni sampai ke mati berbanding pasangan kekasih yang belum tentu penghujung nya.. yana mintak maaf sangat2, bukan yana dah tak nak kawan dengan korang, korang tetap kawan yana cuma yana takut and tak mau kawan perempuan korang pula yang tersentap dengan keakraban kita as a kwan lama.. cuma lepas kawan yana yang sorang ni bg tau apa yang terjadi antara dia dengan kwan perempuan dia tu baru yana sedar, yang kawan yana ni memerlukan kawan utk release tension... sekali lagi yana rasa bersalah dengan kawan yana ni.. yana nak korang semua tahu, kawan2 lah tulang belakang yana utk sama2 teruskan hidup.. aku sayang korang semua wei..maafkan aku.. :(

:- hati kecil menangis dgn apa yg dah dilakukan.. MAAF..as i promise wif myself, yana akan tetap berkawan dengan korang seperti biasa..