14 July 2010

Looooong Time tak mengupdate...

waaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh... lama sungguh rasanya tak update blog yana ni kan..sowi lah yerk, since naik semester baru last month mmg yana tak berkesempatan nak update blog ni.. huhuhu.. ni pun dah rasa lega sikit coz asgnmt segala bagai dah siap and ada last class weekend ni so tak lah serabut sangat kepala ni...huhuhu.. so sepanjang yana tak mengupdate blog ni, macam2 benda dah berlaku cuma xsempat nak update jer, wah mcm artis plak ako ni kan...huhu...
oklah yana citer satu2 k, 6/6/10 yang lepas 2 orang serentak kawan yana a.k.a kawan iwan juga dah selamat mendirikan rumah tangga, aih & fana dan rusz & tiny.. slamat pengantin baru lah yerk di ucapkan(gambar nnt yana upload) dan nak dijadikan cerita, masa wedding dorang ni berlangsung, we all mmg ada wat show silat tapi malang tak berbau, salah seorang rakan kami mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke majlis, seminggu terlantar di icu dan akhirnya beliau telah kembali ke rahmatullah, al-fatihah......... semoga roh arwah faizul di cucuri rahmat...amin... :( ................
ok next aktvt yana adalah pada 16/6/10, yana, adib,bu & ayah pergi holiday kat langkawi, actually follow bu ada meeting kat sana then we all pun selit lah sekali follow..huhu..sangat best lah journey to langkawi tu coz kali ni gi sana we all tak drive kereta, we all naik kereta limosin terpnjang iaitu KERETAPI, huhu...almaklumlah tiket free kan kalau naik KTM ni, hik hik.. so perjalan memakan masa 12jam dari KL central menuju ke Arau, nasib amik katil so bantai tido jerlah dalam tren tu kan... bertolak pukul 9mlm then sampi sana dalam pukul 8pg keesokan hari nya...huhuhu...
so this month bulan 7 ni, yana sibuk plak dengan asgnmt research paper n latihan nak ke kejohanan rakan waja diri kebangsaan minggu depan, thanx god asgnmt dah tinggal nak touch up jer so dah boleh nak fokus kat game plak..aiyaiyaiiiii....fenin fenin...huhu.. sebenarnya yana dah lama xgi game ni, last gi game pun tahun lepas kot, so ni sajer nak try buat come back, xtau lah boleh lagi ke tak kan...sekrang ni pun lutut kanan ni dah mula ngilu2 ni takut dah nak xpired jer kan.. tak per Lyana just try da best..
p/s: gambar2 semua akan di upload kemudian yer...tq :)

19 May 2010

Anak Angkat hujung minngu

sorry lah yerk dah lama xupdate blog, bz sikit..(bz ke???) huhhu..
oklah kali ni yana nak bercerita tentang seorang budak yang bernama MOHD RIZQI bin YAZID. Pemilik nama ini baru berusia setahun lebih dan beliau juga merupakan anak angkat ibu yana pada hujung minggu, huhuu.. nak tahu kenapa hujung minggu jer, coz ujung minggu jerlah we all cuti and dapat jaga dia during mak kandung dia pergi berniaga.



biasanya ari sabtu n ahad mama akan hantar rizqi seawal 6.30am kat umah we all utk di kerjakan, hehehehe... budak ni kalau dah bangun tido mmg xreti nak tido balik so kalau dia tgh tido tu jangan lah sesekali gerak kan dia yer kawan2, buruk padah nya.. sambung balik cerita tadi, bila mama rizqi dah hantar kat umah, biasa nya adik yana iaitu lidiya yg akan amik job dulu main2 dengan dia sampai lah kul 8 lebih mcm tu dah bagi sumbat mkn semua baru lah mandi kan dia.. haaaaaa kalau nak tau budak kecik ni, kalau dah mandi sure dia kena sawan tdo di mana dia akan mula menguap x hengat dunia and akan tido sesuka hati di mana jua yang sempat dia landing.. huhu..



bila dia dah tido, baru lah we all sempat nak kemas2 umah and masak ke apa2 yang patut coz bila ini budak sudah terjaga, kena ngadap dia jer..huhu.. sekarang ni rizqi dah boleh berjalan tapi mcm ketam lah jalan pun terkedek2 lagi, dia dah pandai sebut mama, ayah, ibu tp jadi bbbbuuuu..huhu.. yang paling penting budak ni dah pandai melawan cakap kita balik yer, bila yana beb(mcm marah) dia akan beb yana balik. huh mmg x makan saman betul lah kan budak ni.. tapi mmg sangat enjoy lah jaga budak ni coz xbanyak ragam sangat n paling penting kalau bawak dia keluar gi kenduri or jenjalan, mesti dia xpernah nak meragam, even ngantok sekali pun dia akan tahan mata dia. senang betul lah nak jaga..huhu. tapi kalau nak jaga dia kenalah ada lebih seorang coz dia ni lasak sikit xterkejar di buatnya.



05 May 2010

Handbag sale...yeehaaa

So merujuk kepada entry di atas, dengan suka citanya yana disini ingin memberitahu bahawa ahad lepas yana telah berjaya menghabiskan duitku dengan membeli handbag CarloRino kat SOGO...huhu..
ok lah citer nya mcm ni, ahad lepas yana gi register new sem kat hq OUM kat jalan tun ismail, so mmg dah dekat sangat lah dengan sogo time tu. then lepas habis register tu, mmg saja2 jer nak jenjalan kat area jalan TAR tu coz nk cuci2 mata kan, then masuk jer dalam SOGO tiba2, yana tgk ramai nyer manusia2 yg mengerumuni kawasan tgh2 tu.. mesti lah di hati ni tertanya2 apa yang ada kat tgh2 tu kan.. intai punya intai sekali ada sale sampai 70% eh handbag.. apa lg terus lah tinggalkan si dia dan terus meloloskan diri di tgh2 keramaian org tu.. sekali dapat sambar 1 bag ni, bag carlo rino n time tu dapat sale 70% so harga dah jadi serat lebih, apa lg terus je gi bayor nyer dah xpk pe lg dah..actually xplan pun nk beli handbag ni pada hari kejadian, dah jumpa kebas jer lah kan..hik hik...
tp mmg ada plan nk bli handbag yg ada 2 tali tu, pendek n pnjang tp xdok lah time tu.. so dapat yg ni pun jadi lah kan.. insyallah lepas ni yana akan merembat kasut plak coz pagi tadi kasut terompah yana tersangkut kat tangga batu then terkopak sikit..cedeh jerw..huhu.. so kat bawah ni adalah handbag yg yana dok beceloteh tadi... huhuhu..