12 April 2012

Aktiviti Seharian Cuti ku

ok 1st sekali nak bagi tau awal2 yang entry kali ni tiada gambar yang sempat di snap semasa waktu kejadian.. hik hiks
oklah semalam 11 April adalah hari cuti umum yang diberikan oleh Agonh baru kita sempena hari pertabalan beliau.. DAULAT TUANKU!!! tapi memandangkan hari cuti kan, haruslah yana memanjangkan kaki ku yang panjang ni utk menerjah kemana-mana kan.. hehehe, so nak dijadikan cerita, hari selasa malam lepas balik kerja semua, we all plan nak naik genting.. auwwww.. giler kentang kan, bukan plan utk bermalam pun but hanya sekadar nak lepak kedai mamak kat atas tu sesambil diselimuti dengan kabus yang tebal gituwww... huhuhu... so KAMI yang terdiri dari yana, abg wan, kak ina & ET bergerak dalam pukul 10 malam kot since semua bekerja dan ada yang balik lambat kan.. so sampai kat atas dalam 11malam + cari parking semua bagai & berada kat kedai mamak tu dalam 11 lebih...


pas lepak makan super kat atas genting tu, tak banyak tempat yang we all boleh buat since kat tas hujan kan, so malam nak main hujan takut demam pule nnt, so dalam pukul 1 lebih mcm tu terus turun balik & sampai umah dalam pukul 3pagi mcm tu kot. balik tu tumpang tido kat umah abg wan kat kajang, esok pagi nya tu memang tak de plan pape pun, ingat nak bersantai je lah.. then abg wan bg tau yang ibu & ayah ajak gi pekena capati kat Sg.Kantan, kajang.. terus je we all bersiap since masa tu dah pukul 10pagi dah.. hehehe, katanya ayah teringin nak makan capati, so layankan jer..


selalunya makan dengankuah sardin hancur capati ni baru terangkat, tapi kedai tu katanya dia buat kari kambing, sebut je kambing laju je lah ayah mengorder nyer.. yana plak jenis tak leh nak telah kambing, so yana makan dengan ikan pari masak asam pedas... fuhhh layan gak.. huhuhu..

so lepas makan tu, ayah memang nak singgah umah abg wan coz nak tengok rumah abg wan lepas siap renovate bahagian depan tu, alang2 tu abg wan pun minta tolong ET & ayah buatkan paip depan rumah dia.. so mereka pun bertukang lah sampai pukul 3pm, yang pompuan ni duk bantai tengok tv je kat dalam umah.. alih2 lepas dorang dah siap bertukang, ibu plak ajak gi nilai 3 nak beli kain langsir katanya utk hari bahgia nnt.. hehehe... so layankan jer gi nilai 3 dah petang kan..

yang bestnya, sampai sana we all terus gi foodcourt dulu coz semua tak lunch lagi, so bila time nak makan tu, si budak rizki ni minta something, yana pun layankan je lah.. ingatkan dia nak beli air, alih2 dia tarik tangan yana gi kedai mainan.. mula2 tu tak dengar sangat dia nak per.. dah separuh jalan tu baru dengar dia kata "kak nak nan, nak nan" nan tu = mainan.. huffff nak marah pun ada time tu tapi sebab dah separuh jalan, so ikut kan jelah gi kedai mainan kat atas sikit dari food court tu.. 
sedar tak sedar rupenya yana & rizki dah lama giler tinggalkan dorang makan tu, pastu tiba2 ayah tersembul kat depan kedai mainan tu marah yana coz layankan sangat si rizki ni nak mainan, rope2nya semua orang dok cari yana & rizki merata2 tempat coz dorang ingat yana gi beli air, tapi pelik naper lama sangat.. ET dengan muka marah & berpeluh2 cari we all berdua, dorang ingat dah kena culik.. adehhhhh.. bertepek lagi yana kena marah.. dorang panic coz time tu yana bawak duit je tak bawak handbag & fone.. ET call banyak kali tapi tak pickup then tengok yana tinggalkan beg.. terus dia panic & tinggalkan makanan cari we all.. abg wan & ayah pun turut sama jejak yana & rizki... huhff tak pasal2 den kena marah kan.. adehhhh

so lepas dah jumpa tu sambung makan balik tapi semua muka dah ketat lah kan coz terbantut selera semua orang.. i'm soryyyyy =_^ past dah bis makan tu, bu ajak gi kedai langsir nak beli utk masa wedding yana nnt.. so layankan je lah sesambil yana survey doorgift kat sana kan


memang sangat penat kaki ni mcm nak tercabut, ET jangan cakaplah.. dia dah start pening kepala fikir side dia plak nnt.. sebab b4 ni dia mcm tak kisah sangat katanya nnt semua family dia uruskan.. biasalah lelaki kan.. apa ada kesah... semalam tengok yana dah fenin2 dia pun nak menggelabah at da disco plak... hehehhe
last sekali, bu berkenan beli utk langsir bilik pengantin je since utk rumah tak de lagi yang berkenan... yana pun dah puas survey nak bg doorgift apa, so lepas ni boleh terus shoot beli jer.. balik tu singgah balik makan kat area batang benar then terus balik hantar rizki dulu before balik rumah..

owh ye, semalam masa baru sampai nilai tu, my future FIL ada call ET pesan jangan duduk berdekatan pantai coz ada gempa kat Aceh, ya ampunnn we all memang tak perasan langsung pun kata ada gempa bumi dalam laut.. takut plak rasanya coz sekarang Malaysia pun dah terkena tempias bencana alam sana sini kan... bila balik rumah adik yana cerita yang dia pun rasa gegaran tu.. fuhhh takotnyeeeee

yana doakan moga2 Malaysia ni dilindungi dari segala bencana alam.. aminnnn
so pendek kata cuti seharian semalam semua nya tak dirancang & penat pule rasanya... hehehe :)

2 comments:

Liyana said...

homboiii seronok hang berjalan.. wa dok rumah je.. tgk pertabalan agong.. best giler, hahaha

Unknown said...

semua xplan loooo... huhu.. tgk pertabalan agong pun ok what..hahaa