21 March 2012

Lelaki vs Perempuan

haaaaaaaaaa tetiba teringat ayat ET last week, dia cakap "perempuan boleh survive tanpa lelaki coz perempuan ada 9 nafsu, tetapi lelaki tak boleh survive tanpa perempuan coz lelaki ada 1 nafsu je" ... so persoalan yana di sini, benarkah kata2 itu??? hurmmm

kalau ikut secara logik akal memang lah yana rasa macam ppuan ni banyak nafsu dan nafsu dorang bukan fokus pada lelaki je, ada nafsu makan, shoping dan banyak lagi lah.. so kalau lelaki tinggal ppuan pun dorang mungkin banyak lagi nafsu lain yang dorang boleh lakukan daripada duduk bersedih meratap si lelaki yang dah tinggalkan dia kan.. tapi yana rasa yer kot coz dulu masa yana berada dalam keadaan itu, alhamdulillah yana boleh harungi dengan menyibukkan diri dengan berlatih silat, since salah satu nafsu yana adalah bersukan time tu.. sedey, sedey gak tapi dapat gak lah alihkan tumpuan dari dok bersedih je sepanjang masa kan...

tapi si lelaki ni tatau lah plak yana coz dorang ni susah nak tengok dorang bersedih sebab perempuan kan since dorang ni memang sudah diketahui umum yang EGO nye adalah sangat tinggi dan jangan sekali2 kita cabar ego dorang kan.. susah betul nak nampak lelaki ni nangis, sepanjang yana hidup 25 tahun di muka bumi ni, belum pernah sekali pun yana nampak ayah yana menangis depan kita orang, belakang kita orang tak tahu lah plak kan.. tapi siyes mmg susah lerw nak tgk dorang ni nangis...

actually yana lah konon nak uji ET konon kata kalau ET buat hal , yana say gudbye je then terus je dia bagi ayat azimat ni kat yana.. hehehe



No comments: