24 April 2011

Done For 5 Semester..yeah!!!

oklah kali ni otak yana dah free coz yana dah habis sem 5 semalam..yeeehaaaaa.. mcm tak percaya jer coz pejam celik pejam celik dah habis dah 5 semester part time degree yana.. alhamdullilah..so yana dah boleh pergi bersuka ria but tak lama pun coz ujung bulan depan yana dah start kelas balik utk sem 6 pulak.. tak pe yang penting yana manfaatkan betul2 masa cuti sem yana ni.. hik hik..so dengan itu cuti hari buruh nnt yana nak pi johor, gi rumah sedara sesambil gi jenjalan kat sana, wah tak sabarnya rasaaaaaa... tapi dalam kegembiraan ni juga, yana ada 1 perkara yang dok serabut kan kepala otak yana ni. yana rasa mcm badan yana dah semakin gemoks...eeeiiiyaks! yana memang dah lama xgi jogging since kaki yana start sakit balik. nak pakai kasut pun sakit dah tu mcm ner nak berjoging...adehhhh... so yana ingat nnt yana nak set time nak pi follow up balik kaki ni dengan doc n kalau boleh operate n buang jer terus tulang yang buat kaki yana sakit ni kan, senang abis citer. so yana pun leh la gi joging balik kan.. tak best lah bila dah rasa badan mcm nak gemok balik, nak kontrol makan pun tak boleh gak..duk opis tu rasa mcm nak makan jer coz sejuk duk dalam aircond yang mcm atlantik tu kan.. hik hik..

haiiii tak sabar nya nak habiskan study ni cepat kan, otak dah boleh free dah kalau dah bis study ni.. pastu kalau ada rezeki ingat nak sambung buat master plak coz yana rasa rugi kalau xsambung kan coz buat master tak lama mana pun.. buat part time jer pun kan. tengok lah keadaan nnt mcm ner kan. so far sekarang bujang boleh lagi lah nak buat degree.. yana pun tak tahu lagi mcm mana perjalanan hidup yana kan, yana juz planning jer jadi or tak tu semua ketentuan NYA.. cuma nya tu lah, bila buat part time study sambil kerja ni memang memerlukan kita utk bahagikan masa dengan sebaik-baik nya. yana rasa kalau sesapa yang tak betol2 manage time dia, mmg hancus lah nnt.. study ke mana, kerja pun kemana.. itu paling penting yana rasa kalau nak buat part time ni + kena berdisiplin.. benda ni semua atas kita coz study part time ni tak mcm sekolah or kolej dulu ada orang duk kejar n push kita. ni semua terpulang atas diri sendiri. nak atau tak... yana dekat OUM ni plak lagi lah, sangat flexible time class dia coz dia nak kita study sendiri n just attend class for tutorial jer..so semunya terpulang dekat yana nak atau xnak kan.. dalam dunia ni sebenarnya tak de yang mustahil, dia antara nak atau xnak jer.. so tepuk dada tanya lah selera anda masing2 yer.. ;)

yana kalau boleh nak lah jadi 1 of my family yang berjaya baik di dunia mahupun di akhirat, yana tak nak duduk kat takok lama jer kan. so dengan menuntut ilmu ni yana rasa semuanya akan dapat merubah kehidupan kita di muka bumi Allah ni, insyallah..yana nak juga buat ibu n ayah bangga dapat anak mcm yana ni.. sedih hati ni kalau2 terpacul dari mulut mereka kata menyesal dapat anak mcm yana ke.. yana tahu even yana ni banyak sangat buat dorang marah or bertegang urat dengan dorang, yana nak gak atleast terpalit kat hati dorang yang yana ni anak yang berguna dan bangga ada anak mcm yana.. mungkin tak lah sepuas hati mcm mana dorang nak kan tapi sikit pun jadi lah kan, so yana rasa hidup ni sangat bermakna.. hidup ni kena ada hala tuju then baru kita tahu apa yang kita perlu buat dan tak terumbang ambing. yana risau juga pasal2 adik2 yana yang kini di peringkat pembesaran, dorang tengah dalam alam enjoy.. yana tahu dulu pun yana pernah jadi mcm dorang. semua benda yana nak try, lagi ayah n ibu larang lagi nak buat. biasala remaja peringkat mcm tu dorang ada sikap ingin mencuba. yana  tak salah kan dorang sangat, but try lah atleast kawal mana2 yang patut kan. so far adik yang lelaki yana dah usahakan dia utk sambung belajar n alhamdullilah dia dah faham betapa penting nya belajar ni coz dlu masa yana nak sambung kan dia belajar dia xnak sangat. but now alhamdullilah minat tu datang sendiri tanpa di paksa lagi. now adik yana yang perempuan tu plak, next week dia lapor diri masuk belajar, dia sambung kat kolej yana dlu multimedia college kos yang sama mcm yana. hope sangat dia pandai bawak diri kat sana, kat KL jer pun but kat KL ni lah yang buat mak bapak risau coz mmg dekat dengan KLCC.. yana akui dulu pun time dok hostel yana ngelat gak gi sambut new year dengan budak2 kolej, padahal time tu demam tu. bu dah pesan jangan gi sambut coz mmg yana tak pernah keluar malam pun.. tapi yana gi gak, tgk gelagat orang2 sambut new year ni.. alhamdullilah yana boleh lagi nak behave. tak de lah yana buat benda2 tak betol kan. dia bukan per, as long pandai jaga diri cukup lah.. tak salah pun join gi but pandai2 jaga diri n boleh pk mana yang elok n mana yang tak elok.. yana doakan adik2 yana semua pandai jaga diri yer.. amin... :)

11 April 2011

~ AkHiRnYa ~

mowning!!!

oklah yana bersyukur sangat coz setelah sekian lama akhirnya dibuka kan juga pintu hati ini untuk menerima dengan sepenuh hati dari ketentuan Ilahi...syukur alhamdullilah :) thanx kerana sudi menunggu sekian lama dan melayan kerenah Lyana Nordin yang tak berapa betol sangat ni.. hik hik.. hari demi hari dipanjatkan doa kepada Nya agar diberikan ketenangan hati dan petunjuk dalam mengharungi dunia yang penuh dengan cobaan ini.. yana selalu doakan yang terbaik untuk diri ni dan diberikan petunjuk dalam membuat setiap keputusan tentang masa depan, yana redha kalau ini semua memang sudah ditulis dalam perjalanan hidup yana, yana sebagai hamba Nya hanya mampu melakonkan semula apa yang telah ditakdirkan untuk diri ni dan tidak sama sekali mampu untuk melawan apa yang sudah tertulis..tak kisah lah hidup yana susah atau senang bagi yana semua nya dah tertulis dan yana harus harunginya.. Allah itu maha mengetahui so dia dah tau siapa hambanya yang layak untuk di uji.. yana pernah cuba untuk menidakkan tentang perjalanan hidup yana tapi yana tahu siapalah yana untuk menidakkan itu semua kan, so yana belajar untuk menerima sikit demi sedikit coz Allah lebih tahu dengan siapa yana harus berkawan dan meneruskan hidup ini.. memang dulu yana dah terima tapi terima pakai mulut tak sama mcm mana kita terima pakai hati kita kan, so now yana dah boleh terima dengan sepenuh hati yana and yana berserah jer pada tuhan untuk tentukan sama ada hati ni terus terubat atau mungkin akan dilukai lagi..

sebelum ni yana rasa macam keliru dengan perasaan yana sendiri which is macam tak tau apa yang yana dah buat.. setiap tingkah laku dah keputusan yang yana buat akan melibatkan banyak pihak so kadang2 tu yana jadi blurr kejap, tapi sekarang yana yakin dengan apa yang yana lakukan dan yana berserah kepada yang maha esa untuk menentukan segala2nya yang terbaik utk Lyana Nordin.. :) apa2 pun yana harap mereka2 yang berada di sekeliling yana mendoakan yang terbaik utk diriku ini.. aminnn

08 April 2011

~MaNcOnGkAM~


ok ni cerita pasal last nite, semuanya adalah tidak dirancang yer..actually malam semalam ibu ada meeting so ayah mcm biasa lah kena amik job as a driver ibu.. so tinggal lah kami 3 beradik: Lyana Nordin, Adib Nordin dan Lydea Nordin. So nak dijadikan cerita, kalau ibu n ayah takde kat umah memang jawab nyer we all gi makan kat luar jer coz malas nak masak. Yana pun ajak lah Adib gi dinner kat luar kebetulan memang yana nak keluar pun time tu, pastu adib bagi idea nak makan SUP MELETOP katanya kat Bandar Tun Razak, bila dah set semua siap call lydea n ayie + chicken n najib, we all pun gerak naik 2 kereta. Otw tu tiba2 si ayie ni kata alang2 dah keluar ni dia ajak gi makan jauh sikit kat KL ke, pastu terus grak gi kampung baru. bila dah sampai sana, memang susah lah kan nak cari parking di lautan orang tu, terus tukar plan n lydea ajak gi makan kat nasi ayam MANCONGKAM...terus lah kereta dipandu sampai ke gombak sana semata2 nak makan malam.. sikit punya jauh nak gi dinner kan. keluar umah kul 8.30pm n dapat makan dalam pukul 10pm mcm tu..adehhhh budak2 ni, kecoh betol!..huhuhuhu.. tapi masa otw we all nak gi kampung baru tu, ibu ada call kata dia terlupa bawak kunci rumah, so we all pun tunggu bu n ayah datang amik kunci kat dataran merdeka. lepas tu baru well gi makan.. malam ni tak tau lah plak nak gi makan kat ner, hahaha asyik merayap jer kerja ko kan Lyana.. ngeh ngeh.. ingat sikit, exam ahad ni paper marketing.. yana memang selalu beringat pasal nak exam ahad ni, tu yang balik malam tadi terus bukak buku jap, alhamdullilah dapat cover 1 chapter dulu pun jadilah kan.. hik hik.. :)

Disebabkan dah 2 malam yana asyik balik umah lewat, memang dah 2 pagi gi kerja sangat mengantok badak okeyyy..huhuhu..tapi still enjoy and have fun..alah keluar dengan adik bradik ni senang skit, ayah n bu tak risau sangat kan, kebetulan pulak adib balik cuti seminggu so dia secara tak langsung merangkap body guard yana lah follow ke sana ke mari..huhuhu...thanx mok!!! malam ni insyallah kalau jadi ada plan, merayap lagi lah jawab nyer saya ini..hik hik..so will be continue wokeyyy...

04 April 2011

ABPBH 2010 TeRbAiK WuOoOoKkK!!!

yuuuhuhuuuuuu...wah malam tadi sangat syiokkk wuo yana tgk ABP, kat umah jer pun but sangat menghiburkan hati dengan keletah 3 pengacara yang tak kering gusi dibuatnya.. KAK ENGKU, ZIZAN & S.SHAHIRA.. gandingan yang mantap dengan lawak-lawak yang spontan, si zizan ni kalau lawak spontan dia memang da bomb! tapi kalau maharaja lawak mesti xberapa coz dia di rancang kan.. btw tahniah di ucapkan kepada pemenang2 yang menang malam tadi, paling suka time acara kemuncak dengan kemunculan JOHAN dan USOP WHEELCHA...hahhahha.. kelakar giler bebbbbb.. "solele sole sole solele,sole sole" "kita bakor jer" "saper setuju saya umukan keputusan ni, sila buat tangan mcm awok ni" hik hil, kepada mereka2 yang sudah menonton cerita hantu kak limah mesti terasa enjoy sangat tengok ABP mlm tadi, coz lawak2 yang dorang buat tu semua berkenaan dengan movie hantu kak limah.apa2 pun, ABP ni semua bergantung kepada undian dari pembaca2 berita harian dan juga peminat2 artis tanah air kita, so dari situ artis2 kita ni dapat ukur seberapa ramai peminat mereka yang masih boleh menerima mereka dalam meneruskan kareer masing2. dalam ABP ni juga, soal kualiti seseorang artis tu bukan menjadi kayu pengukur utama dalam meraih anugerah, maka dengan itu ucaplah seberapa banyak terima kasih kepada peminat2 anda di luar sana yer kerana tanpa mereka mungkin anda tidak akan meraih anugerah pada malam tadi.. huk huk..tak rugi yana tido lambat malam tadi coz pada mula nya semua orang kat rumah tu duduk sekali dengan yana tgk ABP, last2 tinggal yana sorang jer yang tercongok depan tv tu..hampeh tol dorang ni tau.. last2 pagi tadi yana malas giler nak angun gi kerja kan, ditambah dengan hujan sekejap sangat syiokkk wuo tido hujan2 tadi...huhuhu..

oklah, insyallah esok yana ambil cuti coz nak prepare utk paper ari rabu ni iaitu lusa, paper financial account so kena kasi focus lebih sikit memandangkan yana memang x suke account kan, so kena paksa kan diri juga.. kali ni exam yana kat shah alam, tak ingalah apa nama tempat tu coz yana memang tak familiar langsung dengan shah alam ni. yana kalau boleh tak sabar nak habiskan cepat final exam ni coz buat yana serabut otak jer..huhu..x pe2 bawak besabor yer Lyana Nordin..