26 January 2011

Tomboi?Kasar?Ganas?

gud mowning selamat pagi! oklah yana tertarik nak talk pasal tajuk kat atas tu pagi ni..huhuhu..since tajuk kat atas tu ada kena mengena juga dengan yana so yana nak kupas sikit ttg tajuk ni.. oklah apa pendapat korang semua kalau perempuan mempunyai ciri2 seperti di atas??? 1st jawapan yang mesti terkeluar dari mulut2 anda adalah "eeeiiii xberkenan betol lah" atau "ganas betol minah ni" dan ayat2 yang seangkatan dengan nya. oklah, itu semua pandangan masing2 so yana xleh nak kata tidak pada mereka. masing2 ada mulut kan so dorang punya pasal lah nak cakap apa kan.huhu. yana sendiri suatu masa dulu pun dalam kategori budak tomboi gak dengan rambut pendek belah tengah nya (hahahahaha) + jeans + t-shirt pendek kata kalau nak shoping raya dulu mmg xpernah beli baju pompuan k, siap request kat ibu nak jeans n t-shirt jer kecuali pagi raya tu mmg terpaksalah pakai baju kurung kan. yana dalam kategori tomboi ni masa umur yana sekolah rendah sampai lah masuk sekolah menengah form 1. then lepas tu dah dalam proses ke perempuanan sikit lah coz dah gatal2 nak ada boypren..hahaha.. but still lagi lasak dengan sukan semua bagai. cuma yang dah berubah adalah rambut dah bela panjang lah, ngeh ngeh.. dulu masa zaman2 tomboi ni, yana jenis suka buat aktiviti lelaki tau, ye lah masa tu zaman budak2 sekolah rendah lagi kan. so bila jiran ajak lumba basikal laju jer amik basikal then gi race..hahaha klakor2 teringat plak zaman kecik2 dlu. then dulu yana ada rollerblade masa tu lah tunjung skill sana sini main bendalah tu kan. masa tomboi ni jugak lah yana tak takut langsung kalau ada budak lelaki ajak gado, selalu nya yana yang jadi hero team budak perempuan lah..hahaha.. tomboi ni bukan mcm pengkid sekarang ok jgn terkeliru plak, tomboi ni juz berperwatakan mcm lelaki but still ada ciri2 seorang pompuan + still ada perasaan kat lelaki okey..hahaha..tapi tu lah bila kita dari kecik org dah kenal mcm tomboi, so bila dah besar ni mula lah makcik2 jiran tentangga ni kata "ish dah besor ko ni lyana, dulu masa kecik2 mcm jantan makcik tgk ko eh" then kadang2 terserempak dengan kawan2 sepermainan pula dorang akan ckap "wahhhh..dah jadi ladies skrang n pndai conteng2 muka dah" hahaha.. sengal kan.. biasalah zaman dah berubah, umur makin meningkat kan..

itu zaman yana tomboi, now bila dah meningkat umur 20-an ni, kadang2 ada gak org tegur kata ko ni ganas la berbanding pompuan2 lain.. oklah jujur nya memang yana akui yana ni kadang2 agak kasar + sengal sikit kalau ikut umur yana sekarang ni kan. ye lah pompuan2 lain kalau umur dah mcm ni sangat tersopan yang amat maklumlah masing2 dah nak ada mak mertua kan so kenalah tunjuk yang diri tu sangat ayu dan sopan.. hurmmmm... bagi yana is simple k, selagi yana tahu tatasusila n adab + hormat org tua kira dah oklah tu, so xpayah nak hipokrit sangat dengan boypren masing2(bg yang sudah berpunya) yang korang sangat sopan yer..juz be ur self, yes! yana still lagi keras kadang2 n yana nak lelaki kenal yana as a LYANA NORDIN n yana tak perlu nak lakon kan apa2 watak utk tambat hati lelaki.. (wah mcm berpidato plak kan) hik hik.. yana still lagi bermartial art, still lg nak bersukan so kalau lelaki mcm ner life yana, then ok lah..kalau rasa2 xleh nak terima gurls yg mcm yana ni, go on n find another gurl coz ramai lagi gadis2 ayu yang lagi sopan.. susah sangat tgk jer gadis melayu n pilih k..hahaha..cerita pasal keras ni kan, yana selalu teringat ayat boss yana kat opis " ha Lyana, lembut sikit" yana pun jawab "alooo boss xckup lembut lg ker?" yana xtau lah nak lembut mcm mana lagi, coz bg yana inilah yana seorang ppuan yang bekerja,pelajar n pesilat.. apa yg korang aspek dari seorang ppuan yang giat bersukan ni, adakah seorang ppuan yg sangat lemah lembut?jalan cat walk?gelak trsipu2? pakai heel 8 inci? hurm ntah lah..masing2 ada taste masing2 kan so cari lah sendri mana yg sesuai eh...

mungkin lah korang semua rasa yang ppuan tomboi ni dah tak boleh diselamatkan lagi coz dorang mmg kasar kan but kalau diperhatikan betol2 sebenarnya ppuan ni kasar mcm mana pun still ada juga sifat keperempuanan masing2 juz tinggal nampak n tak nampak jer.. mcm yana sendiri cukup lah dengan maksud nama LIYANA tu sendiri jer dah ckup menggambarkan yana ni siapa..kalau bukan pada fizikal maybe pada dalaman nyer..saper tahu kan..huhuhu..kenali lah diri anda masing2, cari x-factor anda yg tersembunyi selama ini tanpa anda sedari..yeah! yana dah kenal pasti, anda mcm mana pula...?

17 January 2011

DiRi SeNdiRi LeBiH MeMaHaMi...

salam.. hai lama yana tak update blog ni kan, sowi lah yer..yana baru jer habis game Open UKM last week so quite bz skit lerw..huhu.. oklah kali ni yana nak share ttg apa yang yana rasa sekarang memandangkan hanya hati ni jer yang memahami. memang sukar kita nak orang lain faham tentang diri and life kita lebih2 lagi bila life masing2 tak sama persektirannya, yana tak nak ambil contoh jauh2 cukup lah yana jadikan diri yana sebagai contoh, oklah mcm yana life mmg dah lebih 10 tahun yana berkecimpung dengan dunia persilatan, so bila kita ada kawan baru yang bukan dari arena dunia kita mmg sukar dorang nak faham mcm mana life kita dengan silat ni kan + bila umur yana dah semakin meningkat ni kan.. yana tak salah kan dorang coz mmg yana akui memang sukar nak cari kawan yang faham keadaan kita.. tak pe lah yana pun tak paksa utk kawan baru tu faham life yana juz nak dorang tahu ni lah kehidupan Lyana Nordin.. full stop! dunia silat yana ni bukan terhad, sangat luas which is yana involved dalam games, show n training so bila dah dalam keadaan mcm tu, kawan2 mmg sangat ramai dan ramah + bila dalam game mmg lah yana sangat bz dan boleh kata nak pegang HP tu jauh sekali.. huhuhu its me ok, yana tak tahu lah orang lain.. yana tak nak paksa orang utk faham life yana juz nak mereka2 tahu jer ini lah life yana, hanya diri ni jer yang faham mcm ner life sendri dan apa kehendak hati, n belum tentu org paling rapat dengan kita sekali pun dapat faham ttg diri kita, so kwn2 jgn lah kita menagih utk orang faham ttg kehidupan kita.. selagi mereka2 ni dapat follow, follow lah n kalau dah xboleh sangat jgn lah paksa mereka..huhuhu..

yana tahu kadang2 ada mereka2 ni kata yang mereka ni boleh faham mcm mana life kita tapi yana boleh baca n tangkap dari sikap mereka yang mereka tak boleh nak ikut rentak life yana ni, huhuhuhu its ok yana xpaksa langsung ok..yana tengok kan jer n mls nak push2..siapalah kita utk memaksa orang lain memahami kita kan...btw yana minta maaf sangat2 kalau life yana yang mcm ni buat anda2 semua tak selesa yerk, maaf sangat2.. semua kekurangan datang nya dari yana okey.. mungkin salah yana juga coz yana sekarang ni maybe dah tak mcm dulu which is now yana malas sangat nak ambil pusing pasal life yana..suatu masa dlu maybe lah yana terlalu pk kan pasal masa depan but now yana mls sangat nak jaga hati org2 yang rapat dengan yana, dunno lah y maybe ada perasaan sedikit serik kot, tapi yana tak patut hukum org yang tak bersalah kan..aduyaiiii apalah ko ni Lyana..tak baik tau...hrmmmm... bukan yana tak cuba, yana cuba tapi mungkin belum 100% lagi kot..maaf ye maaf sesangat.. :( kekadang tu terasa sangat perasaan sangat bersalah, tapi ntah lah mcm tak de sekelumit hati pun nak endahkan sangat, mcm everything adalah MALAS... apsal erk dengan ko ni Lyana???? please advice me, need sum advice..hrmm

04 January 2011

DuNnO..

      salam n gud mowning..oklah yana pun dah lama tak mengupdate blog yana ni coz yana pergi cuti2 Malaysia yeeehaaaaa..!!! ( jgn jeles ok) oklah last week mmg office yana diberi cuti seminggu sempena perayaan hari natal dan juga tahun baru,so seminggu tu mmg yana full kan schedule yana dengan pergi game silat + holiday.. mula2 yana gi game Feskom kat penang selama 4 hari then abis jer game terus shoot gi PD ada family holiday kat sana pastu balik KL sehari jap then gi johore plak sesambil new year kat sana..so now baru ada kat KL balik, ni pun dah balik KL kena sambung training utk game open UKM next week..wahhhh terasa betol2 pack jadual skrang..huhuhuu..

    oklah sebenarnya yana nak cerita sikit ttg perasaan hati yana yang yana sendiri tak tahu apa yang yana dah buat, betol ke x? benar ke x? hurmm ntah lah, yana hanya mampu menadah tangan utk memohon petunjuk agar diberikan petunjuk ke jalan yang benar..tapi yana nak tanya anda semua, lebih baik kita menerima org yang betul2 sayang dekat kita sahaja or kita menaruh harapan pada org yg kita sayang, mana yang lebih better??? yana tak tahu apa yang yana dah buat since seminggu yg lepas ni, terasa mcm kaki dan tangan bagai bergerak sendiri tanpa mampu dikawal. ntah lah yana pun tak tahu kenapa boleh jadi mcm ni, tuhan yang maha mengetahui.. moga2 apa yg telah terjadi ini adalah jalan yang terbaik utk hidup yana..aminnn :) Ya Allah kau buka kan lah pintu hati ini utk menerima org yang benar2 ikhlas menyayangi diriku ini.. amin..