29 November 2010

~WheN YoU'rE GoNe~

I always needed time on my own
I never thought I’d need you there when I cry
And the days feel like years when I’m alone
And the bed where you lie
is made up on your side

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
When you’re gone
All the words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

I’ve never felt this way before
Everything that I do
Reminds me of you
And the clothes you left
they lie on my floor
And they smell just like you
i love the things that you do

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
And when you’re gone
The words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

We were made for each other
Out here forever
I know we were
Yeah Yeah

All I ever wanted was for you to know
Everything I do I give my heart and soul
I can hardly breathe, I need to feel you here with me
Yeah

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
When you’re gone
The words I need to hear will always get me through the day
And make it OK
I miss you

** layan pula dengar lagu ni, setiap lirik2 dia..bukan apa juz melayan perasaan je, kadang2 hati ni nak juga berjiwang kan..huhuhu..

Silat Wanita Kebangsaan, Melaka

sorry lah yerk since yana gi game kali ni mmg xusik langsung pun internet ni so ni baru nak mengadap balik pc ni..oklah actually yana baru balik dari game silat wanita di melaka dari 23hb - 28hb nov yang diadakan di Melaka Mall, dalam shoping complex gitu..huhuhu.. oklah seminggu yana kat sana yana sangat2 lah enjoy..hahahha nak gelak dulu b4 yana cerita kan semua yg terjadi kat sana...jom gelak dlu.. hahhaha hehehehe huhuhuhh hihihih hohoho.. oklah mula2 yana cerita dulu pasal game yana, yana kalah tapi yana sangat berpuas hati coz apa yang yana tgh training 2minggu lepas game kebangsaan aritu semuanya pada tahap yang yana mahukan, pendek kata ikut schedule yg yana dah buat lah. on target.. so yana dah boleh tingkatkan lagi training seterusnya seperti mana yang yana cakap dulu yana ada target yana dalam masa 2tahun dari sekarang..cuma yana harapkan support dari kengkawan dan family semua..pasal injury tu yana xnafikan yang ianya makin bertambah teruk coz belum baik sepenuhnya tapi yana dah gi game balik so tu mmg yana accept lah, xboleh nak buat apa cuma lepas ni kena teruskan treatment kat injury tu lah..(ko jgn mls2 eh yana jg injury tu..huhuhu).. yana tak kisah yana kalah coz yana puas hati dengan game n corak permainan yana, mmg semua org tak tahu apa yang yana nak dalam game kali n yana pun xsalahkan dorang kalau dorang nak marah or maki yana coz yana mmg dah ada target yana sendiri n yana kena fokus! btw tahniah kat member2 team yang menang pingat n keep it up k! yana still akan teruskan usaha yana utk mission yana tu nnt. so lepas ni mmg yana akan try involve kan diri dalam game utk nilai lagi tahap yana.

ok next story is gelagat2 we all kat sana..nak dijadikan cerita, kat sana yana jumpa balik kawan seperjuangan yana yang dah 3tahun tak jumpa, semua nya berubah. masing2 dah ada kerjaya masing2 then xsangka dapat jumpa balik n mula lah bersembang sampai 2 3 pagi kat hostel..huhuhu..sangat best wuoo.. paling best kat sana jugaklah we all ada create 1 team baru yang diberi nama team MEON menaruh harapan.. hahahha.. team ni terjadi coz masa kat sana we all lepak2 denga budak2 KL n gi karaoke semua then bro yana ni suka nyanyi lagi zaiton sameon tajuk menaruh harapan, so semua org ringan jer mulut ni dok nyanyi lagu ni..huhuhu.. team Meon ni terdiri daripada 7 jahanam iaitu yana,nini,bro,ella,peah,fatin n coach midah..semua sempoi weiii n sangat happening..will miss all the geng..uuuuuuu.. nak dijadikan cerita, 7jahanam ni dah lancarkan 1 projek besaran2 pada malam terakhir kat hostel tu dimana we all cari mangsa utk dibogelkan n diraba2..hahahhaa...klakar badol ar time tu...kejar orang sana sini,dlm bilik air n tepi tangga pun jadi..hahah..men permainan bodo aaaaaa...mlm tu projek we all sampai kul 3pagi, mmg sempoi gler ar dengan dorang ni. sampai ari terakhir game pun we all boleh lagi nyanyi lagi menaruh harapan beramai2.. hahahha...wei korang jum gi karok lagi....hahahha... yana mmg rasa mcm xnak balik KL jer coz dengan kawan2 ni lah buat yana ilang semua prob.. :) tgk lah nnt ada masa we all try wat reunion balik pada game akan datang.. insyaAllah.. so since dah balik KL ni, yana still akan teruskan training yana dengan punching bag tercinta kat umah tu sesambil recovery balik injury yana yg xbaik2 lagi ni...huhuhu

22 November 2010

DiCaBaR @ DiPeRLi

mowning..!
aduh pagi2 ni yana dah kena tembak dengan sumone..tepek kena kat dahi ni ar..adehhh pedihhhh jer rasa kan..yana tak tahu lah sama ada dia mmg betul2 perli yana ataupun cabar yana, tapi tak per yana take it as a challenge!!! yes, yana accept yang sekarang ni memang zaman kejatuhan yana tapi tak bererti sekali kita jatuh selama-lamanya akan jatuh kan...so yana anggap tu sebagai 1 cabaran dalam hidup yana which is yana nak proof kan balik dekat semua orang yang lyana nordin ni masih lagi berguna dan ada bisa nya..cumaaaaaaaa sekarang ni yana tengah terikat dengan kerja and nak dapat kan cuti tu memang sangat susah lah..hurm... even sepatut nya esok yana ada game kat melaka sempena Sukan Wanita Kebangsaan tapi still hari ni boss xapprove kan lagi cuti.. tapi yana mcm nekad nak ambil unpaid leave coz sangat2 nak pergi game tu..hurm...yana memang tak salah kan boss coz yana pun baru 2 minggu balik dari game and boss pun ada cakap nak gi game lagi ker..memang rasa serba salah tapi tak per lah, kalau betul boss xlepaskan cuti yana kali ni, yana akan ambil unpaid leave lah kot..ingat lyana, maybe ni dugaan yang bakal dihadapi utk sesuatu kejayaan.. :) .. senyum lah walaupun beribu masalah datang melanda... :)

20 November 2010

bLuRrRrRrR...

arghhh...!naper degan ko ni wahai cik lyana, buat asgnmt memanjang jer tak kena.. idea ta mau marikah..aduhhh...yyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy??? serius this week yana try gak pulun nak setlekan asgnmt ni jer terus tapi aduhhh xtau lah naper setiap kali buat mesti idea tak berapa nak mari..blurrr jer,padahal simple jer pun..come on lah lyana, make it simple k..actually yana tgh risau gak pasal cuti yana yang boss xapprove kan lagi, minggu depan hari selasa nak gi game dah tapi cuti tak lepas lagi ni..mcm mana tu? maybe sedikit sebanyak adalah menggangu ssedikit kefokusan yana dalam nak siapkan asgnmt ni kot..maybe lah(nak sedapkan hati) huhuhu..ya Allah, kau tenangkan lah hati hamba mu ini agar dapat mengeluarkan idea-idea yang bernas dalam menyiapkan asgnmt ini..amin..

p/s: dah xtau nak taip apa dah, tiba2 blurr balik..sowi.. :(

19 November 2010

DiTiNgGaLkAN @ MeNiNgGaLkAn

hai readers...
oklah arini yana berminat sangat nak talk bout tajuk kat atas ni, ditinggalkan atau pun meninggalkan. oklah yana juz nak minta pandangan korang2 kat luar sana, apa yang korang faham ttg ditinggalkan dan meninggalkan. mcm yana sangat simple contoh yang boleh diambil, ditinggalkan umpama seorang kekasih ditinggalkan kekasih nya manakala meninggalkan adalah seorang kekasih meninggalkan kekasih nya..hahaha lebih kurang jer,kena tinggal n tiggalkan..oklah sekarang ni yana nak tanya, antara 2 perkataan ni, mana yang anda2 rasa akan menerima impak yang sangat sadis ataupun dengan nama lain terluka??? ............................. (sila isikan tempat kosong itu) huhuhu.. yana bukan nak salah kan mana2 pihak tapi bagi yana lah kan,ini yana punya pendapat k jgn ada yang terasa dipersalahkan pulak.. ok bagi yana orang yg ditinggalkan lagi banyak impak yg harus diterima berbanding org yang meninggalkan. org yang meninggalkan ni mmg dah set up mind dia yang dia akan tinggalkan sumone ni tapi org yang ditinggalkan ni mmg tak prepare apa2 pun coz dia tak terlintas dalam fikiran utk ditinggalkan. pendek kata org yang ditinggalkan ni akan terima kejutan dengan kadar yang pantas.. tapi semua ni bergantung kepada seorang individu tu samada dia jenis cool atau sebalik nya..kalau yang jenis cool tu yana rasa dia boleh lagi nak acting mcm boleh terima keadaan yang dia ditinggalkan tapi kalau yang sebalik nya tu yana rasa mesti haru biru time ditinggalkan kan...huhuhuh..tak boleh dibayangkan... ngeh ngeh ngeh..

untuk org yang nak meninggalkan tu, yana tahu dorang pun belum tentu kuat utk meninggalkan seseorang tu mcm tu jer kan, dia mesti sangat lama ambil masa utk decide sesuatu keputusan tu b4 dia melafazkan nyer, betol tak? apa ingat senang jer ke nak cakap utk tinggalkan sumone..apa yang yana cakap semua ni dari awal sampai habis semuanya apa yang pernah yana lalui.. tapi buat org yang nak meninggalkan seseorang ni, satu jer yana pesan utk panduan akan datang, jgn terlalu lama pendamkan dalam hati if korang dah betol2 xmahukan seseorang tu..jgn permainkan hati nya lama2..kalau dapat jenis cool tak per lagi, ni kalau jenis yang meroyan, payah nnt..1 more thing, hati perempuan ni kalau dah terluka mmg boleh dirawat tapi parut tu tak kan hilang sampai bila2..ingat..tapi yana mmg tabik spring lah kepada org yang kuat utk melafazkan ungkapan meninggalkan tu coz dorang sangat kuat dan berani utk bagi tahu isi hati mereka yang sebenar..atleast korang jujur bagi tahu yang korang nak tinggalkan org tu kan..bukan senang nak ungkapkan, betol tak..

tapi walau apa pun yang terjadi, yana harap kawan2 dan family yana if perkara kat atas ni terjadi kat korang ingatlah, jgn lupa utk terus berdoa kepada-NYA utk diminta dikuat dan ditabahkan hati anda2 semua utk meneruskan kehidupan.. banyakkan berfikiran positif, isi masa2 lapang dengan aktiviti, jgn duduk sorang2 nnt korang akan mula berfikir kisah lampau..yer yana tahu bukan senang nak hilang kan kenangan tu mcm tu jer tapi usaha lah wahai kawan2 ku.. mmg hati kecil ini akan menangis semahu2nya tapi, bak kata sahabat yana, "kesedihan itu hanya sementara.."  percayalah akan ketentuan-NYA, setiap ujian dan dugaan yang diberi pasti ada hikmah nya.. DIA yang maha mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk.. InsyaALLAH..

18 November 2010

PeNgOrBaNaN..

salam..rasa nya tak terlambat lagi yana nak ucapkan selamat menyambut hari raya korban/aidiladha kepada seluruh umat islam..btw kali ni yana tak dapat pulang ke kampung even tok yana kat terengganu ada buat kenduri and korban seekor lembu..maaf ye tok xdapat pulang ke kampung sebab raya kedua yana dah kena masuk kerja balik..uuuuuu..apa2 pun we all sefamily sambut di KL buat kali kedua..mmg susah nak tengok we all sefamily beraya aidilfitri di kl,mmg x pernah langsung pun tapi pernah dulu sekali beraya haji kat KL n termasuk tahun ni dah 2kali..kali ni yana dengan adeq mmg terasa beraya sikit lah coz pagi raya we all siap2 dengan baju kurung semua and ada kawan2 datang rumah + ayah bertungkus lumus gi lapah 7 ekor lembu kat surau area rumah + ibu pun bersungguh2 masak kan lauk raya utk anak2 dia..kali ni raya haji mmg best lah..muaxxx!

tapi disebalik perngertian raya haji/korban ni, terdetik di sekelumit hati kecil yana ni utk bermuhasabah diri ttg erti pengorbanan. apa yang anda rasa ttg erti pengorbanan dalam hidup anda??? bila dikenang,direnung,difikirkan balik mmg ada pengorbanan yang dilakukan dalam sedar atau tanpa disedari. yana cuba kenangkan balik apa pengorbanan yang pernah yana lakukan utk family,adik bradik,kawan2 dan kepada diri yana sendiri.pernah ke yana buat pengorbanan tu semua? hurmmm..yana pun x pasti pernah ke yana lakukan pengorbanan tu..setiap pengorbanan perlulah dilakukan dengan sepenuh keikhlasan hati..mmg berat utk kita lakukan suatu pengorbanan tu tapi jika ianya adalah yang terbaik utk pihak tertentu, rela kan lah pengorbanan itu berlaku..mungkin pengorbanan itu akan memberikan seribu kebahagiaan kepada pihak lain dan dengan kebahagiaan itu hati kita akan tenang dan menumpang kegembiraan jua..nampak bagai mudah diungkapkan tapi berat utk kita lakukan betol tak? yana sendiri pun tak pasti samada yana mampu melakukan sebuah pengorbanan itu atau pun tidak. tepuk dada dan tanya hati anda..



PENGORBANAN..sebuah perkataan yang mudah diungkap tetapi berat sama sekali utk dilaksanakan..perkataan ni umpama kita menelan yang pahit dan meluahkan kemanisan kepada pihak lain demi membahagiakan insan yang kita sayangi.. :)

16 November 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

tajuk lagu Shahir...suria fm rajin betol putarkan lagu ni, masuk arini dah tak terbilang rasa nya lagu ni berkumandang..kipas baik nyer kat shahir ni erk..huhuu..btw lagu ni memang best pun, sedikit sebanyak lirik dia tu buat yana terleka sekejap..huhu.. jom layan lirik lagu dia ni:

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Kebahagiaan dalam perpisahan

so amacam, best tak lirik lagu ni? it's juz lirik lagu jer k, tak de kena mengena dengan sesiapa pun.. huhuu.. kalau ada yang terkena tu, layan kan jerlah erk..hik hik hik..

15 November 2010

Thank You..

kali ni yana nak ucapkan jutaan terima kasih kepada insan2 yang berada di sekeliling yana.. 1st sekali yana ucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah yana sebab tanpa mereka mungkin yana tak kan berada di dunia yang fana ini, thanx bu n ayah coz besarkan yana sehingga sekarang dan bagi yana didikan yang sempurna dan berguna. Leteran ibu dari yana kecil hingga dewasa menjadikan yana insan yang berguna kelak..amin.. pengorbanan ayah yang tak terhingga juga menjadikan ayah salah seorang daripada idol hidup yana. thanx ayah..yana akan cuba sedaya yang termampu utk memberikan yang terbaik utk ayah dan ibu..ibu banyak bagi semangat kat yana masa yana dalam pertandingan2 silat, tak henti2 ibu call yana tanya khabar berita dan suntik semangat yana, yana tahu ibu cukup tak suka kalau yana pergi game silat coz yana mesti tak berapa nak makan n bila balik umah badan kuwus n penuh dengan injury..yana tahu ibu sangat amik berat pasal yana even kalau selama ni kita duduk serumah kita asyik nak gado jer..tapi dalam tanpa kita sedari sebenarnya ibu sangat ambil berat akan anak2 nya..thanx a lot bu.. ayah pun mcm tu juga, even ayah ni seorang yang pendiam, walaupun dia xpernah cakap gud luck kat yana dalam apa2 pertandingan, tapi dalam sedar tak sedar, bila yana balik dari game n bila badan yana penuh dengan bengkak2 dia mesti melawat anak dia yg tgh tdo n tgk keadaan anak dia. yana perasan benda ni masa ada game sekali dulu, masa tu yana mmg baru nak tdo, then dengar ayah masuk bilik n tgk kaki yana. time tu mmg tgh bengkak giler.. ayah mmg tak pernah bertanya face to face tapi dia akan pantau dari jauh..terima kasih ayah..!





kedua, yana nak say thanx a lot to adik beradik yana..even kita org ni mcm anjing n kucing tapi bila kita dalam susah dorang ni lah yang akan berada paling rapat dengan yana..tak semua masalah yana akan cerita pada dia orang tapi kehadiran dorang dalam life yana buat yana haapy n lupa semua masalah yana walaupun buat seketika..thanx abg,adib n adeq...dalam 3 org ni adeq lydea lah yg pling banyak tahu pasal diri yana coz we all sekatil..huhuhu..adeq ni mmg giler2 tapi kadang2 dia lah buat yana eppy..thanx adeq..abg pulak dia dah kawen, so far dia banyak bagi nasihat dekat yana pasal life n banyak tolong yana if yana ada apa2 benda yang diperlukan.. thanx abg.. adib plak, actually dia ni paling keras kepala n suka ajak bergado tapi yana xkesah sangat coz kadang2 dia lah yang buat ayah tergelak..for info ayah paling susah nak senyum and gelak ok..adib ni mmg selalu amik berat pasal adik bradik ppuan dia so bila yana ckap nak perlukan bantuan dia, dia susah sekali nak tolak lah...thanx adib mokkk....huhuhu..


ketiga, ucapan terima kasih kepada rakan2 sekalian..rakan2 yang pernah susah senang dengan yana n tak lupa juga kepada insan2 yang pernah rapat suatu masa dulu dengan yana..yana doakan yang terbaik utk anda dan terima kasih banyak2 coz pernah hadir dalam life ini n banyak mengajar erti kehidupan..terima kasih banyak2..jasamu dikenang..! tak lupa juga terima kasih kepada geng2 silat yana yang mana yana dah anggap korang dah macam abang2 yana pun..semua nyer dah nak tamatkan zaman bujang masing2..tahniah abg2 ku..thanx tu acik apis,bentan,zul,rusz n iwan coz korang dah mcm abg2 yana n banyak guide yana dalam dunia persilatan...utk cikgu zainal plak dah mcm daddy yana, thanx cikgu n all of abg2...huhuhuu... kawan2 yang lain juga yana nak ucapkan terima kasih coz sudi jadi kawan yana, kawan sekolah, kawan kolej, kawan office, kawan U,kawan silat n semua insan yang mengenali yana, TERIMA KASIH banyak2...

jasa dan budi korang tak kan yana lupakan sampai bila2..thanx coz korang pernah hadir dalam hidup yana n sudi jadi penyeri hidup ini.. :)

11 November 2010

SeMaNgaT!!!

mowning everyone!!!

oklah arini yana dah cheer up my life, x tau lah datang dari mana dan bagaimana coz secara tiba2 yana semakin bersemangat utk merubah kehidupan yana dalam masa 2 tahun dari skrang. ini bermakna pada tahun 2012 yana akan pastikan semua mission yana akan terlaksana.. yeah!!! bukan senang nak bangun dan bangkitkan diri sendiri, mmg mudah di bibir tapi sangat sukar utk melaksanakannya.. yana dah mula clean up my brain utk atur step dalam capai misi yana..biarlah yana mula dengan seorang diri coz yana tau even kawan baik kita sendri pun belum tentu bagi yana support dan kepada org yg pernah berjanji hanya pada bibir utk terus bersama2 dengan yana walau dalam apa jua keadaan, thanx coz anda hanya sekadar mengungkap dari bibir anda sahaja..thanx juga sebab pernah hadir dalam hidup yana dan mengajar yana erti kehidupan yang sebenar..yana amik semua dari pengalaman hidup yana bersama anda utk dijadikan penyuntik dalam kehidupan baru yana..

btw bercerita pasal semangat ni, nak dijadikan cerita since balik dari game kat perak last week, yana baru start jog balik coz balik dari game mmg dah puas rest sesambil tunggu injury recovery tapi sayang seribu kali sayang, yana ingat kan kaki dan bengkak2 kat anggota badan lain dah ok sepenuhnya,ropenya masih lagi belum ckup. even hanya tinggal kesan lebam2 tapi still xok sepenuhnya.. semangat giler gi jogging pas balik kerja ni, tup2 dah balik tgk kaki bengkak balik n lepas fresh up my self kaki dah start berdenyut.. nyut nyut nyut..huhuhuhu...adeehhhh..ayah dah pandang lain macam jer coz tgk yana dah oku balik, actually yana seboleh2 xmahu ayah tau yang anak dia ni tgh injured coz takut nnt ayah guna kuasa veto dia keluarkan mohor2 besar kata yana xboleh bersilat lg...tidakkkkkkkkk...masa 2006 dlu pernah sekali masa tu yana nak main sukma under team penang then time tu plak yana mmg tgh injury, ayah terus kata TIDAK... aduhhh sedey jer kan time tu..sorry to team penang gak coz yana x sangka sampai ayah xbagi..huhuhuh...

masa yana baru masuk kerja balik selasa lepas, boss yana panggil masuk mengadap dia n dia tanya pasal game + injury yana..mcm biasalah yana cerita details kat boss..actually boss yana ni sangat sporting org nyer dan banyak juga bagi nasihat + support kat yana..tapi aritu dia pesan sebalik nya, dia kata injury yana ni teruk sangat then dia kata "sudah lah lyana,xpayah lah main lagi.saya risaukan masa depan awak nnt, skrang mmg xsakit tapi nnt 1 day benda tu sure datang balik" arghhhh, yana xboleh terima statement tu then yana try talk balik dengan dia kata yana ada mission yana tersendri..hope boss faham yer boss.. then boss kata gak, kalau nk main juga silat, sila tukar kategori..hahahah..maknanya dia suruh yana main seni jgn main olahraga lagi...maaf boss, yang tu mmg payah skit.. ye, sekarang mmg yana xrasa sakit2 tu semua coz yana muda lagi, tapi semangat berkobar2 ni xleh nak tipu boss..huhuhu..insyallah bila tiba masa nya pasti yana akan bersara juga..tapi yana akan pastikan sebelum yana bersara segala misi yana sudah terlaksana..aminnnn.... :)

10 November 2010

DoWn..

hurm..tgk title jer dah tau kan mcm perkara sedih jer yang yana nak coret kan.. ntah lah, since balik dari perak ni yana mcm down sangat2..dunno y, maybe kenangan silam masih terngiang2 lagi kowt, ntah lah dah biasa b4 ni share everything wif sumbody kan tapi now juz lonely..aduhhhh ni bukan lyana lah, lyana seorang yang tabah dan kuat, come on lyana u need to cheer up!!! mmg lah masa tgh serabut since last month yana ada share prob yana dengan kwn baik yana, Sha, tp skrang ni sha dah sibuk nak bertunang and mcm mls nak kaco dia sangat, al maklum lah org dah berbunga2 nak kahwen kan..actually sha ni pun sama mcm yana hadapi tragedi oktober cuma dia bertuah sangat coz mmg dah ada pengganti dalam masa yang singkat n terus decide nak tunang n kahwen..sangat jeles ok cha! btw yana doakan kebahagian cha sampai akhir hayat..aminnn...


now yana xterpk pun nak cari lain coz MALAS nak mencari n berpk, tp yana xkata pintu ati ni dah tertutp..tp tulah bila mengharapkan masa jer yang menentukan, mmg agak payah lah sikit kan...arghhhhhhhhh ntah lah..yana tgh rindu sangat nak bersujud, tp still dalam kuarantin..(ngeh ngeh, faham2 sudei).. bila tgh bersujud tu rasa tenang jer... :) tiba2 rasa nak nangis jer, boleh kerw??? uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... ntahlah, skrang ni buat apa semua nyer xkena, yana sendiri dapat rasa yang sekarang ni bukan LYANA NORDIN, rasa lain sangat2.. muka dah xsehappy dlu xseceria dlu..ya ALLAH tabahkan lah hamba mu ini.. gi kerja pun xsemangat, study pun terawang2, naper ko ni lyana?????rasa mcm idup ni dah xde hala tuju dah..dunia2..


lately ni, ibu banyak kali dah tanya pasal dia, tanya naper dah lama dia xdatang,lama xjumpa lah apa lah..aduhhhh hati yana bagai ditumbuk hancur dengan soalan2 mcm tu.. maaf ibu yana terpaksa berbohong dengan ibu coz yana xckup kuat lagi nak ceritakan perkara sebenar kat ibu..mungkin silap yana juga coz pernah bersuara dengan ibu yang we all mmg ada perancangan nak tamatkan zaman bujang, tapiiiiiii yana xde jodoh ibu dengan dia..mungkin bila tiba masa nya yana akan kuatkan hati utk ceritakan status sebenar yana bu tapi bukan sekarang..

09 November 2010

Ketentuan-NYA

salam.. lama sungguh rasanya x update blog ni.. tapi bila yana dah xtau nak luahkan perasaan ni kat siapa, terasa nak menulis kembali kat blog ni.. oklah, actually yana baru je balik dari game silat kebangsaan baru2 ni di gopeng perak, yana pun dah lama xmasuk gelanggang and game ni baru nak panas badan balik. sebenarnya, yana pada mula nya agak keberatan nak join game ni coz dah lama sangat x beraksi, tapi disebabkan perkara2 yang tertentu yana gagahkan diri juga utk kembali beraksi. yana join gak game kali ni coz yana cuba lari dari perasaan yang tengah jiwa kacau ni, tapi yana tau sejauh mana yana cuba lari dan lupakan perasaan yg tgh xmenentu ni,ianya xkan kemana juga coz still kena hadapi.. tapi xpe lah atleast seminggu yana kat perak tu boleh la yana lupakan sebentar ujian yang ditentukan oleh -Nya. yana eppy n enjoy dapat jumpa rakan2 silat n gosip2 pasal cerita lama, ngeh ngeh ngeh.. rasa mcm xnak balik KL dah, huhuhu.. tp kerja dan pengajian yana harus diteruskan.
korang percaya x dengan statement ni 'anggaplah dah xde jodoh' ?? statement ni lah yang buat yana tgh berperang dengan jiwa kacau yana ni.. hurm sukar dah sedih nak terima hakikat ni tapi tu lah yang terjadi kat hidup yana ni.. ujian yang telah tertulis dalam hidup LYANA.. hari demi hari doa yana tanpa henti utk terus ditabahkan hati ni menempuh dugaan yang diberikan, walaupun dah sebulan berlalu, yana masih belum 100% kuat utk hadapi nya, ingatkan dah ckup kuat utk hadapi nya kalau2 ada org tanya, tapi sangkaan yana meleset skali coz kekadang boleh mengalir air mata..arghhhhh u must strong lyana!!!! mmg sukar nak percaya coz berkawan hampir 4tahun, mcm2 suka duka dah dilalui bersama tapi dalam sekelip mata dan sekali lafaz je semuanya berkubur... yana cuba hiburkan diri sendiri + membusykan diri dengan menambah aktiviti bersukan, tapi yana xboleh tipu hati sendiri.. hati menangis.. :( xpe maybe ianya memerlukan masa utk pulih sepenuhnya.. bila dah jadi mcm ni, mulala terdetik pemikiran jahat konon nya mcm dah mls nak bercinta n kalau boleh nak bercinta lepas berkahwen, huhuhuhuh.. sound like funny rite, tp tu semua juz utk hiburkan hati ni jerw..xterpk lagi lah skrang ni, tp yana xpnah tutup ati ni utk mn2 lelaki yang mampu dan boleh tambat n bimbing yana ke jalan yang benar..cuma perkara ni semua yana serahkan pada yang esa utk tentukan nya.. semuanya sudah tertulis dan sudah pun dibuat perjanjiannya.. oklah nnt yana sambung update lagi yerk.. banyak sangat nak diluahkan tapi tunggguuuuu.....