28 March 2011

~HaRGaiLaH iA~

Yana tetiba terpanggil utk share pendapat yana dengan blog yana ni berkenaan dengan penghargaan. hurmm, oklah sebenarnya yana rasa yana sedang dalam situasi kepura-puraan coz yana rasa itu bukan diri yana sebenar. yana jadi macam tu pun sebab atas pengalaman hidup yang lepas yang banyak mengajar yana erti kehidupan dan sekali gus membuat yana lebih berhati2 dalam setiap keputusan dan tindakan yang yana buat... tapi bila di fikirkan balik, peluang tu datang sekali jerkan even boleh datang 2x pun tapi belum tentu peluang kali ke-2 tu milik kita kan??? so yana rasa yana patut hargai setiap perkara yang yana sedang lalui tak kira apa jua sekali pun coz benda tu hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kita.. so yana kena ubah pemikiran yana untuk hargai setiap apa yang yana lakukan, yes lyana u must do it!!! change ur mind from now and plzz appriciate what ever u do okey dear.. :) yana rasa macam tak adil kepada mereka2 yang tidak dapat penghargaan dari insan yang lemah dan hina seperti Lyana Nordin ni coz mereka2 pun ada hak utk terima penghargaan tu dari yana kan.. sory to all yang terlibat :( yana try da best utk lebih menghargai korang2 coz yana rasa peluang hanya akan datang sekali dalam hidup ni and yana rasa tak adil yana hukum korang macam ni kan.. maaf kan yana..

21 March 2011

~RiSau~

Salam semua.. oklah pagi ni yana nak bagi tahu yang yana risau kan kesihatan ayah coz dah 2 hari ayah sakit perut akibat batu karang dalam perutnya, duduk tak kena, baring tak kena. kesian yana tengok ayah. weekend ritu memang yana & ibu semua ada keluar jalan2 gi downtown and gi cari hadiah Rizki sempena bufday dia, ayah memang nak join tapi bila sakit perut ayah tu datang tak menentu, dia batalkan jer niat dia nak join kita orang semua. cian ayah.. :( malam tadi pun masa we all gi celebrate bufday rizki, ayah kata dia xdapat ikut coz perut dia kejap sakit kejap ok. so nanti takut dia tak selesa pula kan. so dia duduk rumah jer sementara tunggu we all semua balik. ayah dah gi jumpa doktor dah, and doc dah scan doc cakap batu karang tu tak besar sangat so doc bagi ubat jer dulu. dulu ayah pernah kena gak and lagi besar dari sekarang, dulu ayah kena laser kasi pecah batu tu. now kena lagi tapi x besar sangat lah macam dulu.. yana tanya gak ayah macam mana sakit nya, dia diam jer tak cakap, hurmm ayah sememang nya pendiam, dia tak pernah nak mengadu dia sakit ke tak. tapi semalam dari raut wajah muka dia, yana tahu dia tengah tahan sakit.. kalau lagi 2 3 hari tak baik lagi, yana ingat nak bawak gi hospital jer terus, cian ayah tengok dia kena tahan sakit jer kan. orang tua mana larat sangat nak tahan sakit macam dorang muda2 dulu kan.. hurm, yana doakan ayah semoga cepat sembuh yer... amin..


Kerisauan yang seterusnya adalah, hari jumaat lepas, jiran yana kehilangan kereta Honda City beliau, no plat pun baru lagi tu. tau2 pagi tu pagar dia dah terbuka and kereta dia dah hilang, aduhh risau nya. polis kata pun kawasan perumahan we all tu tengah hot kereta hilang kena curi.. memang pro gila lah pencuri kereta tu coz rumah jiran yana tu corner lot and terang dengan lampu lagi rumah dia. kesian juga dengan jiran tu coz wife dia baru bersalin and still dalam pantang lagi. so semenjak tu, yana tido pun kena berjaga2 coz yana duduk bilik paling depan sekali so kena alert dengan bunyi2 pada waktu malam.. kepada pencuri2 kereta di luar sana, renung2kan lah apa yang korang dah buat kat mangsa2 korang tu, bawak2 lah bertaubat. fikir2 kan lah kalau family korang yang jadi mangsa pencuri kereta yang lain dan kebetulan pula salah seorang dari family korang tengah sakit kuat malam2 hari and tiba2 kereta korang kena curi sehingga menyebabkan kematian kepada si pesakit tadi, apa korang akan rasa? ingat!! kehidupan kita di muka bumi ni seperti roda, sekarang korang memang dekat atas tengah bermaharajalela dengan hasil kereta curi korang, tapi suatu hari nanti korang akan berada di bawah pula.. insaf lah..

18 March 2011

~KeMbALi~

Salam,
maaf lah yerk yana lama sesangat tak hupdate blog yana ni, nak kata bz sangat2 tu tak lah tapi adalah kerja2 yang perlu disetlekan dulu..yana terpanggil untuk update balik blog yana ni coz ada 1 of my frenz dah tegur bila nak update blog katanya,huhuhu tak tahu lah pulak ada juga kawan2 yang ambil kisah pasal blog yana ni, yana bukan apa blog ni juz sekadar tempat yana luahkan isi hati yana jer..btw thanx yah frenz!

so, dalam masa 2 bulan yana xupdate blog ni, tak de apa sangat pun dalam kehidupan yana yang yana nk cerita kan sangat coz semuanya under control lagi, yana macam biasa jer masih bekerja, study n bersilat but dah slow sekejap training n jog coz bulan ni yana sibuk nak siapkan 3 assignment yana and alhamdullilah semuanya dah selamat submit, now juz prepare and standby untuk final exam bulan 4 ni.. aduhh terasa mcm badan ni dah domok jer kan coz dah lama xjoging, adehhhh..xpe yana kasi setle dulu exam then masa cuti sem nanti akan ku pulun berjoging+training balik..

ok kalau korang ingat, yana ada jaga budak kecik nama RIZKI kan every weekend, so bufday dia hari selasa lepas (15 March) so mama dia nak buat party ahad ni, yana still tak tau nak beli hadiah apa utk budak tecik tu.. dia baru 2 tahun, last year yana belikan baju+seluar utk dia. this year xtau lagi lah nak beli apa untuk dia, any idea??? hurmm..kalau nak bagi mainan, dah banyak sangat mainan budak tu pastu kalau bagi kat dia confirm tak sampai sejam dah jahanam, aiyaiyaiiii..fenin fenin... tengoklah nanti mcm ner, ahad ni yana ingat nak gi jusco kat area umah ni nak shoping2 sikit, mcm dah lama giler tak gi beli barang2 kan so nnt kalau ada adiah yang sesuai yana hantam jer lah kan..hik hik hik..

haaa..ritu yana ada perasan ada movie baru dah keluar, citer omputih tajuk dia "Big Mommas"... ha dari dulu lagi mmg yana ada tengok citer ni, maybe ni sambungan dia lah kot, rasa mcm nak gi tengok lah weekend ni..tapi tu lah kalau gi sengsorang xbest gak kan, tgk lah mcm ner nnt..hurm..