20 December 2010

~17.12.2010~

Tanggal 17.12.2010 genap lah 23tahun umur yana hidup di muka bumi yang bertuah ini, alhamdullilah... pertamanya sekali yana panjat syukur ke hadrat ilahi kerana masih dipinjam kan lagi nyawa pada jasad yana ni utk meneruskan kehidupan di muka bumi ini, dan seterusnya kepada mereka2 di luar sana yang mendoakan yana, thanx for da wishes and celebration. terima kasih yang tak terhingga juga kepada my lovely boss, kawan2 opis yang celebrate bufday yana kat Chili's mid valley n nyanyikan lagi eppy besday + playan2 restaurant yg turut join nyanyikan skali..huhuhu..blushing okeyyy.. then sambung balik rumah, my family plak buat celebration + adiah, thanx a lot k. Btw bufday yana sama date dengan abg kandung yana Azwan Nordin which is our date of birth is 17.12.83 & 17.12.87.. so sweet rite??? hik hik.. thanx u all for adiah, thanx juga to shasha n fren for da chocolate n to all my fren yg wish okey.. actually yana mcm dah dapat tangkap yang family yana mmg nak buat celebration tapi dorang mmg xleh nak buat surprise coz yana mmg ada kat rumah jer then selalunya yana yang jadi pengerusi celebration, so kali ni dorang mcm xleh nak buat surprise sangat..yana mcm dah tahu tapi buat2 mcm tak tahu jer lah, ngeh ngeh..juz terkilan sikit coz org yg yana tunggu tak wish2 till today, but its ok yana redha dengan kehendaknya.. buweeekkk! (mls nk mgharap) ok pendek kata this year yana rasa eppy sangat coz xsangka dapat celebration bufday mcm ni skali..huhuhu..thanx bangat2.. semakin hari semakin meningkat usia yana n mengajar yana erti kehidupan yang sebenar .. :)

13 December 2010

Tersenyum Lagi...

Salam.. oklah sebelum kita sama2 baca post kali ni, jom kita senyum dulu..1..2..3.. tenyummmm.. :) huhuhu..ok pagi ni yana baru jer jawab exam for da second paper and khamis ni last paper utk semester kali ni, so nak dijadikan cerita kenapa yana nak tersenyum lagi adalah kerana.. jeng jeng jeng.. mlm tadi soalan cepu emas keluar lagi dari mulut ibu yana yang berbunyi begini "ko bila nak kahwin ni yana?" hahaha..masa tu yang ada cuma yana n adik ppuan yana, lydea so si adeq ni memang dah tau cerita so dia pun bantai gelakkan yana jer..huhu..yana laju jer jawab soalan ibu tu cakap esok jer kahwin..huhuhu.. ntah lah bu, yana pun tak tahu nak cakap biler nak kahwin tu coz calon nyer pun tak de then macam mana nak kahwin kan.. hik hik.. cuma kali ni bila bu tanya yana tak rasa sensitif sangat lah soalan tu coz yana sendiri dah tak de calon kan cumaaaaaa rasa bersalah sikit lah coz tak cerita lagi cerita sebenar kat ibu.. yana pun tak tahu bila yana nak bagi tahu hal sebenar.. nanti2 lah eh..awal lagi kot..since yana dah macam ni, pernah gak terdetik hati jahat ni tanya diri sendiri, ada ke orang nak masuk minang ko ni Lyana, layak ke diri ko tu??? huhuhu..arghhh malas lah nak pk sebenarnya, bnyak lagi nak kena fikir, exam, study, silat, kerja..yana juz harap biar masa yg tentukan and yana follow da flow jer..kalau ditakdirkan ada jodoh yana nnt dengan 'sumone' adalah, cuma tak tahu jer siapa 'sumone' tu..kita serahkan pada yang maha esa jer..jodoh kan rahsia Allah..bila dah tukar topik dari soalan ibu, yana tersenyum sendiri di situ.. hurmmm :) tapi kadang2 terasa mcm muda lagi kan nak fikir soal2 kahwin ni, muda ke??? ngeh ngeh..

p/s: pasni kena nyanyi lagi wali band-cari jodoh.. ok x?? hik hik hik

10 December 2010

Berapa Ramai Suami yg Boleh Jadi Imam???

Salam Semua.. oklah yana sebenarnya tertarik sangat dengan post yang kawan yana post kat blog dia. yana nak share lah dengan anda2 semua coz yana ada rasa ada betul nya juga.. post kali ni bukan berdasarkan utk melihat lelaki mahupun perempuan yang lebih bagus ye tapi sekadar saling ingat mengingati..jum baca dulu okey:

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.

Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?"

Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering digunapakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

 
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"
Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila

dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki juga begitu! Sekian..

so apa yang anda2 semua dapat katakan daripada petikan di atas ni??......... cuma yana harap jangan yg ada pertikaikan mana2 pihak yer.yana sekadar ingin berkongsi dengan semua jer.yang mana anda rasa baik ambillah sebagai ikhtibar, jika anda rasa anda xsuke dengan statement di atas, abaikan jer dan tak perlu utk menyalahkan antara 1 sama lain yer... oklah sebenarnya yana ada sedikit cerita yg yana rasa yana ada kena mengena sedikit lah dengan post kat atas ni. ok lah mcm ni, sejujurnya yana pernah sekali terjatuh hati dengan seikhlas2 nya terhadap seseorang ini yang yana gelarkan sebagai 'DIA', oklah actually yana xpernah rasa feel mcm tu skali..jap2 xtau nak mula kan macam mana cerita ini. ok mcm ni, ada sekali tu yana nk cari surau (lokasi dirahsiakan atas dasar2 xnak orang tahu) hik hik hik, then cari punya cari ropenya surau tu tak ada bahagian perempuan thats mean sekali dengan lelaki lah. surau tu agak kecil sahaja yer coz utk pengunjung tempat itu sahaja. so nak dijadikan cerita, masa yana tgh cari2 bahagian perempuan tu, memang yana perasan ada seorang jer lelaki yang tgh solat maghrib kot kalau tak silap, so sesambil cari2 port nak solat tu yana tertarik sangat dengar bacaan surah oleh dat guy and sampai terdetik kat hati ni tertanya2 siapa kah gerangan lelaki itu coz time tu tak pasti siapa yang solat. memang yana kenal lah orang yang ada kat situ cuma tak pasti siapa orang nya. so nak dijadikan cerita, lepas yana tengok xde port utk ppuan so yana pun macam tak sedap hati jer nak teruskan bersolat kat surau yang kecil tu berdua sahaja dengan dengan DIA coz memang tak de orang lain dah kat dalam surau tu. even surau tu terbuka tanpa dinding tapi yana rasa better yana balik sembahyang kat bilik jer, actually kat bilik tu ramai sangat orang yang duduk and kononnya nak cari keselesaan lah sikit utk bersolat. tapi bila dah jadi mcm tu terpaksa lah balik sembahyang kat bilik jer. cuma tu lah, apa yang yana cakap tadi yana sangat tertarik dengan lelaki yang bersolat di surau tadi n sangat merdu dengan bacaan surah2 nya. at the end memang yana dah kenal pasti lah siapa orang nyer, cuma biarlah dipendamkan saja niat di hati yang ingin berkawan bersama... :) biarlah menjadi rahsia.. ~Tragedi Surau~
 

08 December 2010

~SeNyUm~

Selamat pagi!! mulakan hari anda dengan senyuman :) yana tak tahu lah kenapa sehari dua ni yana asyik nak tersenyum jer..huhuhu..senyum bermakna hati kita sedang bergembira..maybe lah kot kan ada sumthing yg buat yana eppy.. btw alhamdullilah.. bila dah jadi macam ni,terdetik pula di hati ini bahawa tak semestinya bila kita berpisah kesedihan akan terus menyelebungi diri, yana rasa mcm beruntung sangat coz yana bertemu kebahagian dalam perpisahan..huhuhu mcm tajuk lagu pula kan. yana tahu tak semua orang terima nasib macam yana, so yana bersyukur sangat..teringat pula kata2 kawan yana, kesedihan hanya sementara, ye betul kata anda..tapi kita semua harus ingat pula bahawa kegembiraan bukan kekal selamanya. ianya hanya dipinjam kan seketika utk kita.. ish pe ko merepek dari tadi ni Lyana..hahahha..

oklah, actually yana nak senyum je hari ini, jangan tanya kenapa coz mmg yana nak tersenyum sendiri cuma yana bukan lah  gila eh nak senyum sepanjang saat..huhu.. ntah lah yana rasa mcm ada suatu gelombang yang baru jer nak bermula tapi yana tak pasti betul ke tak apa sangkaan yana. so juz wait n see.. yana tak pasti sampai bila yana akan jadi mcm ni cuma yang pasti biarlah masa yang menentukan segalanya, so far alhamdullilah yana bahagia jadi seperti sekarang ni.. bagi yana senyum tu adalah pengubat utk segala2nya, bila yana resah gelisah, suka, sedih semuanya yana akan cuba utk tersenyum, jangan mengharapkan orang lain utk faham diri anda kerana anda sendiri lebih arif dan tahu ttg diri anda..so senyuman adalah jawapan nya..huhuhuhu.. "persiapkan diri anda utk menempuhi hari2 yg bakal mendatang kerana kita sendiri tidak tahu apa yg bakal kita lalui"

06 December 2010

TeRsEnYuM PuAs...

yana nak rangkum kan semua cerita dalam 1 post, boleh ke?? huhu.. ok senyuman pertama yana nak berikan kerana Allah telah sembuhkan sedikit demi sedikit kesakitan yang yana lalui dalam minggu lepas, alhamdullilah..ok lah sebenarnya last week yana ada ura2 mcam nak demam dengan batok nya selsema nya, then nak dijadikan cerita ari jumaat lepas agak parah sikit lah which is yana dah start nak kena asthma balik coz batok dah melampau2 sangat..tapi sempat lagi tu gi kenduri kawen kawan ari sabtu nya, balik je dari org kawen terus merebahkan diri atas katil coz rasa dah xsedap utk bernafas..mlm tu ada wat celebrate bufday adik yana n time tu mmg dah kiritkal lah skit coz makin payah nak bernafas, bis je party terus runner gi klinik kasi sedut itu gas..actually yana ada pam yang doc bagi tu cuma xreti pakai n bila buat sendiri tak jadi plak..aduyaii..yana bukan seorang pengidap asthma yang tegar coz yana kena jarang sangat.setahun sekali maybe..sekarang ni pun cuaca dah tak berapa nak elok kan,asyik hujan je mmg sejuk ar..yana xboleh terlampau sejuk coz nnt dada yana akan sangat sakit ok..so bila dah gi klinik n telah segala ubat bagai, keesokkannye alhamdullilah beransur pulih juz tinggal batok jer lah sampai ke arini..so yana tersenyum pertama disitu.. :)

secondly yana nak senyum coz yana dah boleh start training kicking punching bag balik..yer lah since sakit x sakit last week mmg punching bag kat luar umah tu yana xusik pun..so semalam petang lepas jer beransur pulih terus yana menyentap punching bag tu utk di kick.. huhuh..puas rasa nya bila peluh dapat dikeluarkan balik dan akhir nya yana tersenyum sekali lagi... :)

senyuman berikut nya adalah, jeng jeng jeng... rahsiaaaaaaaa..... hahahha.. ntah lah yana eppy sangat mlm tadi coz dapat msg dari kawan yana.. hahaha kawan jer pun tapi nak eppy gak lantak lah... huhuhu... jgn dok suka lyana oiii kang sedih plak..huhhuh ok bosh! hanya mampu tersenyum jer bila dapat msg dari kawan yana tu.. weeeeeeeeee :) sekarang ni bagi yana, senyum lah selagi anda mampu tersenyum xkira lah dalam apa jua keadaan yg anda alami.. jika anda sedang diuji oleh Allah sekali pun, senyum lah..sesungguhnya anda dikalangan org2 yg terpilih dan diingati oleh - Nya.. :)

03 December 2010

~HaTi MeMbErOnTaK~


Jiwa kacau lah lately ni, dunno y..hurm ntah, apa perasaan korang bila ada sumone ni yang pernah rapat dengan korang suatu masa dulu and now dia mcm nak tak nak jer layan korang??? mulalah hati jahat ni pk kan yang tak elok jer kan..bukan apa, dia pernah cakap yang dia nak we all jadi kawan baik sampai bila2 which is kawan yang tiada rahsia langsung, ok find yana terima dengan ati terbuka even agak payah, siap cakap lagi dia tak nak kehilangan kawan lagi lepas ramai kawan dia putus kawan macam tu..hanya ada beberapa kawan dia jer yang tahu dan faham keadaan sebenar, so dia tak nak kawan yang tahu masalah dia ni hilang macam tu..tapi now dia pulak yang wat kisah tak kisah..pernah lah rasa hati mcm nak cakap 'lantak ko lah dengan masalah ko, ada ako kesah!' tapi tu lah bila kenang balik pernah susah senang bersama rasa tak sampai hati pulak.. TAPIIIIIII bila dia layan yana mcm ni rasa nak bagi penyepak sekali pun ada.. haiiiii... asyik mengeluh jer hati ni, tak baik tau..tak perlah, maybe time dia betul2 susah baru dia nak cari yana kot or maybe tak nak cari langsung, who know??? yana doakan yang terbaik jer utk dia, kalau rasa2 dah tak de kawan tu, xpe datang lah cari yana.. bagi yana, biarlah yana ni terhegeh2 kat korang demi erti sebuah persahabatan..mana yana mampu bantu yana bantu, yana tahu dia try nak buat yana benci kat dia tapi buat lah mcm mana sekali pun, yana marah kejap je pastu yana ok..sekali yana dah kenal orang tu, selamanya lah dia kawan yana..hargailah sebuah persahabatan.. kalau ikutkan, yana tak perlu nak susah2 pk kan masalah dia tapi dah nama pun seorang kawan kan, baik buruk dia sama2 rasa..yana tahu dia xpernah layan yana mcm mana dia layan orang lain, xtahu lah apa buruk and teruk sangat ke yana ni..???tapi terpulanglah kat dia nak buat apa pun kan, kita orang dah tak boleh nak mcam dlu so yana dapat rasakan yang layanan akan lebih teruk daripada dulu.. yana tak pernah putus2 berdoa demi kita.. tapi tuhan tu maha mengetahui segala baik dan buruk kan.. yana berserah jer.. :( walau apapun terjadi, yana nak say thanx a lot yang tak terhingga kerana kawan ni lah yang ajar yana erti kehidupan, keegoan, kesedihan, kematangan, kepayahan, kesenangan, kepercayaan, mmg tak terkata coz banyak sangat yang yana belajar dari dia..thanx banyak2, mungkin dalam xperasan anda telah mengajar yana dan yana xpernah lupakan jasa baik anda.. terima kasih sekali lagi.. buat lah jahat mcm mana pun kat yana, tapi yana xkan lupakan jasa anda kat yana.. paling penting pengorbanan anda sepanjang perkenalan kita... ya Allah banyak nya hamba mu itu mengajar ako erti kehidupan sebenar.terima kasih banyak2 kerana dipertemukan kami berdua.. ~tak mungkin melepaskanmu~

01 December 2010

~KaWaN~

KAWAN..apa ertinya kawan? seorang yang kita tidak kenal pada mulanya dan mula memberi berinteraksi antara satu sama lain dan bermulalah perhubungan sebagai seorang kawan.. tetapi kawan ini terbahagi kepada banyak bahagian, kawan baik, kawan lama, kawan seperjuangan, kawan kelas, kawan office, dan banyak lagi kawan..oklah sebenarnya kali ni yana nak luahkan tentang kawan2 yana yang yana rasa yana dah buat salah kat dorang ni.. masuk arini jer dah 2 orang kawan yang yana dah kenal hampir 10 tahun terluka.. maaf kan yana korang, yana tak de niat pun nak lukakakn hati korang tapi ntah lah, maybe yana dikelilingi oleh sejarah2 silam kot and sekali gus korang yang terkena tempias tu..maaffffff.... yana tahu, bukan sehari dua kita semua kenal tapi dah hampir 10 tahun kan..yana sendiri akui kesilapan yana and yes! mmg yana yang bersalah coz cuba limit kan batas berkawan kita.. kita semua tahu yang we are juz frenz.. aduhhhh apa aku dah buat ni.. sebenarnya yana tak nak tgk kwan2 yana ni mempermainkan hati seorang yang bergelar 'perempuan' so yana nak dorang hargai apa yang mereka ada,  yana as a perempuan tahu sangat hati perempuan ni, ye lah perempuan mana nak tgk bf dorang rapat dengan perempuan lain kan even kawan lama dorang..tapi tu lah orang kata, kawan ni sampai ke mati berbanding pasangan kekasih yang belum tentu penghujung nya.. yana mintak maaf sangat2, bukan yana dah tak nak kawan dengan korang, korang tetap kawan yana cuma yana takut and tak mau kawan perempuan korang pula yang tersentap dengan keakraban kita as a kwan lama.. cuma lepas kawan yana yang sorang ni bg tau apa yang terjadi antara dia dengan kwan perempuan dia tu baru yana sedar, yang kawan yana ni memerlukan kawan utk release tension... sekali lagi yana rasa bersalah dengan kawan yana ni.. yana nak korang semua tahu, kawan2 lah tulang belakang yana utk sama2 teruskan hidup.. aku sayang korang semua wei..maafkan aku.. :(

:- hati kecil menangis dgn apa yg dah dilakukan.. MAAF..as i promise wif myself, yana akan tetap berkawan dengan korang seperti biasa..